Tidak banyak perubahan yang dilakukan pada sudut eksterior A-Class ini. Mungkin anda perlu melihat dengan lebih teliti untuk melihat perubahan pada grille yang lebih segar bercorak bintang, lampu utama baharu yang didatangkan dengan pilihan LED, rekaan terbaharu untuk empat rim baharu, tail light LED standard dan juga rear diffuser baharu.
Modifikasi terbaharu ini menjadikan kabin A-Class 2023 tampil lebih kecil tetapi diyakini mampu menggembirakan para pemiliknya. Dilengkapi kluster instrumen digital 7 inci dan pemapar infotainmen 10.25 inci standard serta dwi pemapar 10.25 inci didatangkan sebagai opsyen. Selain itu, stereng flat-bottom baharu, konsol tengah lebih ringkas tanpa kawalan rotary untuk sistem MBUX dan juga lubang-lubang udara yang diinspirasikan dari turbin.
Di samping itu, Mercedes-Benz juga melakukan perubahan terhadap komponen standard kemasan yang pelbagai. Sebagai contoh, bagi model-model entry-level didatangkan dengan upholstery ARTICO tiga dimensi. Manakala kemasan kabin pula didatangkan dalam kemasan berwarna hitam, beige dan kelabu baharu. Kemasan fiber karbon gelap baharu juga dilayangkan ke atas panel instrumen dan panel pintu. Model AMG Line pula lebih terang dengan kemasan aluminium dan jahitan kontras warna merah.
Selain itu, terdapat ciri-ciri baharu yang didatangkan sebagai standard untuk A-Class. Sebagai contoh, model entry-level dilengkapi dengan kamera mengundur, pakej USB dan juga kemasan stereng dengan kulit Nappa. Model-model Progressive pula ditambahkan dengan headlight LED, pakej Parking dan Pakej Mirror standard. Mercedes-Benz turut mengumpulkan segala ciri-ciri yang seringkali ditempah untuk memudahkan proses personalization.
Sistem MBUX A-Class yang dikemaskini ini lebih canggih berbanding sistem sebelumnya dan kini boleh berfungsi menggunakan pengesan cap jari, slot tambahan USB-C, bantuan suara Hey Mercedes yang telah dipertingkatkan. Pakej The Driver Assistance juga telah diperbaiki, manakala pakej Parking menyokong parking longitudinal dan pemandangan sekeliling 360-darjah.
Mercedes-Benz turut mengemaskini semua model petrol bukan AMG dengan sistem hibrid mild 48-volt termasuk belt-driven starter-generator. Kereta ini ditawarkan dalam model A250 hatchback dan juga sedan, begitu juga untuk model A 180, A 200, A 220 4Matic, A 250 4Matic, A 180d, A 200 d, dan A 220d. Kekal mengungguli barisan adalah Mercedes-AMG A 35 (hatchback dan sedan) dan model-model A 45 S yang memperoleh kelebihan dari pengemaskinian visual yang sama model-model A-Class dan A 35 dilengkapi dengan sistem 48-volt mild-hybrid system.
Varian istimewa Mercedes-AMG A 45 S 2023 juga ditawarkan kepada pelanggan yang dinamakan sebagai AMG Street Style Edition, ditawarkan dalam warna Mountain Grey Magno dengan aksen with fluorescent, rim hitam matte 19-inci, breake caliper merah dan beberapa lagi perubahan interior termasuk tempat duduk Microcut microfiber Performance dengan aksen oren.
Sumber : Carscoops