Proton Saga, kereta nasional pertama Malaysia yang telah menyumbang dan mengukir kejayaan dalam industri automotif, samada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Hari ini, lebih 18 juta unit Saga telah dijual seluruh dunia dan masih lagi menjadi model paling popular keluaran PROTON!
Bagi meraikan sambutan ulang tahun Proton Saga yang ke-36 serta kempen “Glory & Dreams”, Proton telah melancarkan pertandingan Story Instagram “Stay Cool with Saga” di yang bermula dari 15 Julai sehingga 15 Ogos ini yang menawarkan hadiah lumayan bernilai sehingga RM20,000.
Bagaimana untuk menyertainya? Mudah sahaja!
– rakam video atau imej dengan mana-mana model Proton Saga dengan cara paling kreatif
– muat naik video atau imej tersebut ke akaun Instagram dengan #staycoolwithsaga dan tag @protoncars. Akaun Instagram anda pula harus boleh dilihat umum.
– Syot layar (screenshot) IG Story dan isi maklumat menggunakan Google Form https://tinyurl.com/staycoolwithsaga dan hantar penyertaan anda. Penyertaan terbuka kepa lebih dari satu video atau imej.
– 10 penyertaan paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang, mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.
Manakala hadiah-hadiah yang ditawarkan pula sangat lumayan. Setiap penyertaan yang layak akan menerima baucer RM100 dari Huawei Voucher. 10 hadiah termasuk iPhone 12 (seunit), DJI Mini 2 (2 unit), DJI Pocket 2 (3 unit) and Nintendo Switch V2 (4 unit) akan diserahkan kepada 10 peserta paling kreatif.
Sebagaimana yang dinyatakan di awal tadi, tiada sebarang had untuk penyertaan dan para peserta bebas menghantar sebarapa banyak penyertaan. Bagaimanapun, hanya SATU video dengan skor tertinggi berpeluang memenangi hadiah.
Malaysia, anda sudah bersedia?
Sumber (Gambar) : Wikipedia