Perodua menggesa para pelanggannya yang sedia ada dan pelanggan baharu untuk hanya berurusan dengan penasihat jualannya yang sah agar tidak terpedaya dengan penipuan yang muncul terutama sekali selepas pelancaran Ativa pada 3hb Mac lalu.
“Kami telah menemui sekurang-kurangnya dua tawaran rebat palsu dalam talian bagi Perodua Ativa yang baru dilancarkan. Perodua dan cawangan-cawangan kami di seluruh negara tidak pernah dan tidak akan mengadakan sebarang promosi rebat tunai selepas memperkenalkan model baharu kami,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.
Menurut Dato’ Zainal, ada beberapa individu yang tidak bertanggungjawab telah mendakwa diri mereka sebagai penasihat jualan Perodua dan memperdaya mangsa untuk memasukkan wang pendahuluan pembelian kereta baharu mereka ke dalam akaun bank peribadi.
Untuk melindungi para pelanggan yang sedia ada dan pelanggan baharu, Perodua telah memberikan panduan dalam membuat pembelian kenderaan Perodua baharu seperti di bawah: