Sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang bermula dari 1 Jun lalu sehingga kini, ia telah memberi kesan buruk khususnya terhadap sektor automotif domestik. Sebanyak 1,921 unit didaftarkan pada Jun. Daripada jumlah itu, UMW Toyota Motor (UMWT) menjual 85 kenderaan manakala Perodua menjual 1,009 unit.
Sehubungan itu, UMW Holdings Bhd menjangkakan jualan kenderaan yang minimum untuk bulan Julai bagi dan Perodua. Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Ahmad Fuaad Kenali, bilik pameran dalam talian kini terbukti menjadi alternatif yang sesuai untuk pelanggan semasa PKP penuh. Bilik pameran dalam talian Toyota, Lexus dan Perodua menjadi tarikan kerana pengguna beralih kepada e-platform secara berperingkat semasa fasa sekatan pergerakan.
“Bagi mengimbangi ketiadaan pelanggan yang datang kerana bilik pameran ditutup, UMWT dan Perodua tidak mempunyai alternatif lain selain meningkatkan pemasaran dan penjualan melalui dalam talian. Pada masa ini, kedua-dua elemen itu mencatatkan tempahan yang baik yang boleh dipenuhi selepas sekatan pergerakan dilonggarkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berharap, sekatan pergerakan dapat dilonggarkan dan mematuhi kepada pematuhan yang ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP) COVID-19. Malah, UMW tetap yakin dengan potensi pertumbuhan industri automotif di Malaysia.
Sumber : BERNAMA