Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Pereka Datsun 240Z Dan Nissan Fairlady Z, Yoshihiko Matsuo Menghembuskan Nafas Terakhir

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
17/07/2020
in BULETIN, UTAMA

Pereka Datsun 240Z Dan Nissan Fairlady Z, Yoshihiko Matsuo Menghembuskan Nafas Terakhir

Ramai yang mungkin tidak mengenali nama beliau tetapi Yoshihiko Matsuo ialah orang yang bertanggungjawab mengetuai rekaan kereta sports paling berpengaruh sepanjang zaman S30 Fairlady Z yang lebih dikenali dengan nama Datsun 240Z. Ia bukan hanya berjaya membuat revolusi dalam rekaan kereta sports tetapi juga membolehkan ia dipasarkan kepada lebih ramai orang. Matsuo telah meninggal dunia pada 11 Julai dan mengikut tradisi Jepun, keluarga beliau hanya mengumumkannya beberapa hari selepas itu.

Matsuo dilahirkan di Himeji City pada 10 Julai 1934 dan mula menghasilkan lakaran kereta pada zaman kanak-kanak di mana jumlah kereta ketika itu boleh dikira dengan jari. Semasa di sekolah tinggi beliau memperkenalkan konsep trak kecil dengan 3-roda ketika bekerja secara sambilan di Osaka Textile Industri Co., sebuah anak syarikat Daihatsu.

Sewaktu masih menuntut di Nihon University College of Art, beliau menggunakan pengalaman untuk membantu mereka Daihatsu Midget, model paling laris pertama Daihatsu. Sebaik menamatkan pengajian, Matsuo telah memulakan pekerjaan di Nissan dan ditugaskan untuk membuat rekaan Datsun Baby. Beliau kemudian dipindahkan ke pasukan Bluebird 410 untuk membantu kerana jualan 410 ketika itu tidak memuaskan.

Matsuo mereka model Z Nissan dengan bentuknya yang ikonik, lampu yang unik dan tempat duduk yang menyerupai tempat duduk stadium baseball. Malah Matsuo memberikan beberapa idea beliau tersendiri dalam penghasilan model dan turut memandu ujinya sendiri. Matsuo tahu kereta tersebut akan menjadi popular tetapi tidak menyangka ia akan menempa populariti di seluruh dunia. Dunia automotif tidak pernah menyaksikan sebuah kereta yang mempunyai kombinasi gaya dan prestasi seperti model Z Nissan. Malah ia mampu dimiliki ramai berbeza dari model-model eksotik Itali.

Minatnya terhadap kereta berprestasi tinggi meyakinkan ketua beliau ketika itu untuk meluluskan pengeluaran Bluebird 411 SSS, kereta sedan sport pertama Nissan. Kehebatan SSS membuatkan Nissan melantik Matsuo mengetuai jabatan rekabentuk sehinggalah lahirnya kereta Z Nissan. Selepas 50 tahun, gambar-gambar teaser model Z baharu mula tersebar dan bentuknya sudah kembali kepada rekaan asal Matsuo. Sayangnya Matsuo telah menghembuskan nafas terakhir sehari selepas harijadinya yang ke-86 baru-baru ini tanpa sempat melihat model itu dilancarkan. Selamat jalan Matsuo-san dan terima kasih kerana rekaan dan sumbangan anda.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

Lebih Banyak Pilihan Baharu, Tiada Masalah Penjagaan Dan Tahan Lama

Next Post

Carvid20, Online Car Autoshow

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved