­
Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Perdana Eterna Visage Masih Diminati Dan Meriah Di Jalanan

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
23/01/2021
in MODIFIKASI, UTAMA

Bagi memenuhi pasaran kereta penumpang sedan bersaiz penuh, Mitsubishi Motors telah mengenalpasti model Galant sebagai calon yang sesuai untuk diletakkan ke segmen baru pada 1987. Semenjak itu, identiti Galant telah diposisikan dalam sedan segmen A di Jepun yang mana bersaing terus dengan Honda Accord, Toyota Corona dan Mazda 626.

Sebagai salah satu pemain penting dalam industri automotif di Jepun, model Galant yang telah bertapak lebih 10 tahun sebelum itu telah direkarupa dengan kepelbagaian sudut yang diperbaharui. Kini enjinnya dipacu roda hadapan, pilihan terhadap model high performance juga telah dipanjangkan dengan versi pengecas turbo yang lebih dinamik, sistem pacuan empat roda yang dipertingkatkan serta ciri egronomik yang semakin diperhalusi. Pendek kata, Galant menjadi model “mewah” Jepun yang ada ketika itu di pasaran.

Di Malaysia, Proton memasang semula model Eterna Visage menjadi Proton Perdana pada 1995. Jadi tidak hairanlah, kereta ini masih diminati oleh sebahagian besar rakyat Malaysia meskipun secara hakikatnya, ia telah pun “ditamatkan” perkhidmatannya pada 1999 untuk digantikan dengan Perdana V6 yang berkongsi chasis yang sama. Model seawal tahun 1995 ini masih lagi meriah di atas jalanraya tempatan. Ia mungkin tidak disedari kerana kebanyakannya telah diubahsuai kepada versi ubahmuka Perdana baru dengan proses restorasi penuh.

Salah satu daripadanya dimiliki Ah Wong. Tidak dapat dinafikan, bodykit V6 yang digelar “Alfa” memang nampak menarik. Kereta ini telah memiliki kelengkapan penuh bodykit baru Perdana V6. Ia juga telah dipadankan dengan sebuah sunroof asli Eterna, sebuah spoiler Eterna dan bonet hadapan yang dilayangkan dengan warna hitam untuk memberi ilusi gentian karbon. Intercooler di sebalik bumper pula hampir tidak kelihatan langsung. Tapi awas, kereta ini memiliki sesuatu yang mampu membuat orang ramai terpegun, bukan sahaja kerana enjin twin turbo, tetapi kesempurnaannya.

Sebaik bonet dibuka, kelihatan bentangan enjin 6A12. Sebuah enjin dengan pengecas turbo berkembar. Fiziknya sama sahaja dengan enjin Perdana V6, cuma kebuk pembakarannya bertekanan rendah untuk mengekstrak kedua-dua turbin TD025. Enjin ini dihias dengan begitu cantik, malah boleh dikatakan, lebih cantik daripada kosmetik kereta ini yang asal. Segenap bahagian kereta ini enak dipandang, kilauan krom dan warna kebiruan menjadikan ruang enjin bukan sahaja kelihatan menarik, malah bersih dan berseri.

Banyak ruang untuk membolehkan kereta ini ditingkatkan kuasanya namun Wong memilih untuk mengekalkannya berdasarkan spesifikasi asal sahaja. Komponen utama turbin tidak ditukar tetapi boost telah dinaikkan kepada 1.2 bar. Sebuah intercooler VR4 dipertanggungjawabkan mengambil oksigen secukupnya kepada turbin tersebut. Tekanan boost seterusnya dilepaskan ke udara menerusi injap blow-off HKS. Sistem penyampaian bahanapi kereta ini pula ditingkatkan dengan pemasangan pam bahanapi Walbro.

Keenam-enam palam pencucuhnya digantikan dengan palam Denso untuk pembakaran yang lebih efisyen. Kotak komputernya pula telah ditingkatkan dengan pemetaan cip Unichip, sementara berpuashati dengan kuasa yang diperolehi, Wong juga telah membina semula paip penyalur intercooler dan intake dengan buatan custom dari bahan keluli tahan karat. Kotak gear manual yang dipadankan semasa proses transformasi enjin juga telah ditingkatkan tahap cengkamannya dengan pemasangan pelapik klac Exedy.

Ah Wong telah meningkatkan kualiti pemanduan kereta ini dengan memilih set suspensi bolehlaras Kayaba kerana percaya ia adalah yang terbaik untuk digandingkan dengan statusnya kini. Rim Atech17 inci telah dipadankan dengan tayar 215/45 depan dan belakang. Brek turut diperbaharui dengan pemasangan angkup dua pot di hadapan dan pot tunggal di belakang. Kini aspek pemberhentiannya bukan lagi satu isu.

Bahagian dalaman kereta ini memang nampak terlalu eksekutif jika tidak dikenakan sebarang perubahan. Justeru itu, Wong telah memadankan tempat duduk semi bucket Top Fuel serta stereng Momo Race untuk keselesaan dan pemanduan yang jitu. Peringatan, keselesaan bagi sebuah kereta yang sporty adalah tidak sama dengan sebuah kereta eksekutif. Dipasangkan bersama-sama ialah boost meter Auto Gauge, oil temp Omori dan speed meter Pivot.

Kecenderungan orang terhadap platform ubahsuai berbeza mengikut keperluan. Namun dalam ertikata hari ini, perspektif kereta sedan sudah berubah. 10 tahun dahulu, ruang dalaman dan bagasi sebuah Proton Wira mungkin sudah cukup besar pada andaian ramai orang, namun hari ini teknologi terhadap ruang ini telah menjadi sangat maju. Hari ini, kapasiti but Honda City sama ruang liternya dengan Perdana V6. Oleh yang demikian pemilihan Perdana memungkinkan ia menjadi sebuah kereta yang praktikal. Samada untuk prestasi, ataupun sebuah sedan untuk keluarga.

SPESIFIKASI

      • Pemilik –
      • Pengeluar – Proton
      • Model – Perdana Sei
      • Tahun – 1995
      • Modifikasi Enjin – 6A12 twin turbo, Mitsubishi Galant Eterna Visage, boost 1.2 bar, blowoff valve HKS, intercooler VR4, radioator original, spark-plugs Denso, fuel pump Walbro, ECU Unichip exhaust piping stainless steel, peredam bunyi HKS super drager.
      • Transmisi / Gearbox –
      • Elektronik / ECU –
      • Ekzos –
      • Suspensi – Adjustable Kayaba.
      • Brek – Brek hadapan 2 pot, Belakang 1 pot
      • Rim & Tayar – Rim Atech 17 inci, Tayar Maxxis 215/45/17,
      • Dalaman – Boost meter Auto gauge, oil temp meter Omoni, turbo timer Greddy, speed meter Pivot. Seat hadapan Top Fuel, steering Momo, Audio Pioneer.
      • Luaran – Facelift Perdana V6, sunroof Eterna, splitter custom.
      • Bengkel –

 

Previous Post

Peluang Untuk Jadi Pemilik Kereta Lumba Jeff Gordon

Next Post

EV Terkecil Dan Paling Mampu Milik Model EQ?

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved