Foto: MUSC Motorsports / Aie Mins @ Perotography
Perak Drag Racing Jamboree 2019 merupakan salah satu pusingan DAR-MUSC Malaysia Drag Racing Championship Road Tour 2019, yang telah diadakan di Movie Animation Park Studios (MAPS), Bandar Meru Raya, Ipoh pada 26 & 27 Oktober yang lalu. Ia merupakan program permotoran peringkat kebangsaan, yang akan membawa siri perlumbaan ini menjelajah bandar-bandar utama seluruh tanah air.
Perlumbaan motosikal berlangsung pada hari pertama dan dibahagikan kepada lapan kategori iaitu 2T <150 True Street, 4T <150 True Street, 2T <150 Pro Street, 4T <110 Pro Street, 2T <150 Pro Drag, 4T <150 Pro Drag, serta dua kategori tambahan iaitu SR1 4T<150 True Street dan SR2 RXZ/RR Pro Street. Keadaan cuaca yang tidak menentu, menghalang para peserta memperbaharui catatan masa masing-masing.
Hari kedua melibatkan tujuh kategori khusus untuk perlumbaan kereta iaitu NA <1.8 True Street, VTEC True Street, 2WD Turbo True Street, KCar <1.3 Pro Drag, VTEC/2WD Turbo Pro Drag, King Pro Drag serta SR Diesel Pro Street sebagai kategori tambahan. Paling mencuri tumpuan, pertemuan Kelspeed Garage dan CMT Garage dalam kategori KCar <1.3 Pro Drag, yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Kelspeed Garage dengan catatan masa 7.51 saat. Malah jentera Super Panda ini turut menjuarai kategori VTEC/2WD Turbo Pro Drag menewaskan pencabar-pencabar lain.
Sekalung penghargaan diucapkan Tuan Mohd Hafez Mubin B. Mohd Salleh selaku Penaung Program, pihak pengurusan Movie Animation Park Studios (MAPS), agensi kerajaan, rakan penaja, serta semua yang membantu perlaksanaan acara perlumbaan yang julung kali diadakan di Ipoh ini.
Untuk jadual penuh perlumbaan dan maklumat berkaitan, anda boleh layari Facebook: MUSC Motorsports.