Sebuah Institut Automobil Antarabangsa (International Automotive Certified Institute – IACI) yang berpusat di Malaysia dilancarkan secara rasmi oleh Datuk Calvin Yap, pengasas institut IACI dan pemilik medial sosial Car King Asia. IACI akan membuka pelajar ke dalam dunia automobil selain melatih lebih ramai lagi calon-calon usahawan yang berkelayakan dalam dunia automobil secara global.
“IACI akan membantu mencipta peluang perniagaan kepada ramai orang termasuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), masyarakat luar bandar, pencari kerja, dan sesiapa yang mampu menjadi usahawan dalam dunia automobil,” jelas Datuk Calvin di majlis perasmian baru-baru ini.
Menurunya lagi, IACI akan dibuka di seluruh Malaysia dan antara sasaran utama adalah membuka institut ini ke segenap pelusuk termasuk di kawasan Ahli Dewan Negeri (ADN) atau kawasan Parlimen. Penubuhan IACI diharapkan dapat menyelesaikan pelbagai masalah ekonomi negara termasuk membantu rakyat Malaysia merebut peluang perkerjaan yang terhidang.
Untuk rekod, IACI akan memiliki silibus pendidikan tersendiri bertaraf antarabangsa dan akan melatih pelbagai kemahiran terutama dalam dunia automobil kepada semua pesertanya.
“Sebagai contoh, IACI melalui ‘Auto Beginner Team’ akan mencipta peluang perkerjaan atau karier dalam bidang mekanik kereta, pengecat kreatif, juru jual dan sewa, eksekutif pemasaran dan banyak lagi.
“Sementara melalui ‘National Automotive Business Campaign’ pula, para peserta akan didedahkan dengan hak pengguna dan isu kepenggunaan dan perniagaan,” ujar Calvin Tap lagi.
Cawangan IACI yang pertama akan dibuka berdekatan dengan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) pada Mac akan datang. Semua akan peserta mengikuti kursus dan latihan antara satu hingga dua tahun mengkut tahap peringkat tertentu bagi meraih sijil selepas tamat latihan dan kursus kelak.
IACI menyasarkan memiliki 1,000 pelajar yang akan mengikuti “C2 Platform” di bawah bimbingan secara terus oleh pengasas ‘Car King’ Datuk Yap dalam pelbagai bidang pengajian antaranya hartanah, penjualan kereta, aksesori dan sebagainya.