Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Pengecualian Cukai Jualan; Toyota Catat Jualan Sebanyak 7,509 Unit Kenderaan

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
10/08/2020
in BULETIN, UTAMA

Pengecualian Cukai Jualan; Toyota Catat Jualan Sebanyak 7,509 Unit Kenderaan

UMW Toyota Motor (UMWT), anak syarikat UMW Holdings Bhd, mencatatkan jualan 7,509 unit kenderaan pada Julai 2020, jumlah tertinggi bagi tahun ini dan 70 peratus lebih tinggi daripada 4,417 unit yang didaftarkan pada bulan Jun. Dalam satu kenyataan, UMW Holdings berkata, peningkatan penjualan pada bulan Julai didorong terutama oleh pengecualian cukai penjualan yang diumumkan oleh kerajaan pada 5 Jun, berkuat kuasa mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020.

“Toyota Vios terus menjadi model terlaris, menyumbang sekitar 34 peratus daripada jumlah penjualannya pada bulan Julai. Pada awal Jun, UMWT telah memperkenalkan Toyota RAV4 baru generasi yang kelima, iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang diimport sepenuhnya dari Jepun,” katanya.

Diterajui oleh segmen automotif berikutan penjualan yang memberangsangkan oleh UMWT dan 38 peratus syarikat sekutunya Perodua pada bulan Julai, UMW berkata ia menjangkakan prestasi kewangan yang lebih baik pada separuh kedua tahun 2020. Bahagian pasaran automotif kumpulan pada bulan Julai dianggarkan pada 52 peratus, lebih tinggi daripada 51.4 peratus yang dicatatkan pada tahun 2019.

Sementara itu, bagi Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), Julai menjadi bulan penjualan tertinggi pada tahun ini, dengan pendaftaran kenderaan sebanyak 23,203 unit, meningkat 9.2 peratus daripada 21,250 unit yang dijual pada Jun.

“Pengeluaran di kedua-dua kilang pemasangan Perodua juga ditingkatkan bagi memenuhi permintaan yang tinggi,” katanya.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings, Azmin Che Yusoff berkata, UMWT dan PERODUA telah menunjukkan tahap pemulihan yang kuat berikutan gangguan penjualan pada awal tahun yang disebabkan oleh COVID-19. Beliau berkata, kumpulan itu kekal optimis dengan penjualan yang memberangsangkan oleh UMWT dan PERODUA pada Julai.

“Kami juga berterima kasih kepada kerajaan dalam memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi dan menerapkan pengecualian cukai penjualan untuk meningkatkan industri automotif di Malaysia. Dengan pelaksanaan langkah ini, kami yakin dapat mencapai sasaran penjualan kami bagi tahun ini,” katanya.–BERNAMA

Previous Post

IROAD Malaysia Premium Store

Next Post

PLUS Dan ELITE Diiktiraf Lebuh Raya Sistem Tertutup Terbaik!

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved