Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Pembaharuan Insurans Motor Tanpa Tekanan Dari Trevo Guard

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
17/04/2021
in BULETIN, UTAMA

TREVO berusaha meringankan beban pemilik pemilik kereta dengan memperkenalkan TREVO Guard, perkhidmatan pembaharuan insurans motor untuk semua pemilik kereta melalui aplikasi TREVO. Dengan TREVO Guard, polisi yang ditawarkan turut memberi perhatian kepada ciri-ciri perlindungan khusus yang memenuhi keperluan insurans wajib bagi pemilik kereta di dalam ekosistem moden perkongsian kereta individu-ke-individu dan juga e-hailing. Ketika ini, polisi insurans motor baru daripada Allianz boleh didapati melalui TREVO Guard.

“Perkhidmatan terbaru ini dibangunkan di atas usaha R&D kami yang menyasarkan untuk sentiasa menawarkan perkhidmatan dan ciri-ciri berinovasi kepada para pelanggan. Ia turut memanfaatkan keupayaan aplikasi kami sebagai pusat sehenti untuk segala keperluan pemandu bagi mengurangkan bebanan pemilikan kereta.”

“Para pemilik kereta di Malaysia sentiasa sibuk, oleh itu kami mahu menjadikan proses memperbaharui insurans motor lebih mudah, pantas dan baik melalui perkhidmatan yang serba mudah serta menawarkan pelbagai ganjaran bagi mengurangkan tekanan yang dialami oleh setiap pemilik kereta. Perkhidmatan ini tiba tepat pada masanya memandangkan permintaan terhadap penyelesaian pembaharuan tanpa sentuhan telah meningkat secara mendadak akibat penularan pandemik.”

“Dengan perkhidmatan pembaharuan TREVO Guard kami, semua pengguna juga boleh membiayai premium insurans mereka secara mudah dengan berkongsi kereta mereka di dalam platform TREVO. Bagi mengukuhkan lagi semangat perkongsian kereta, kami turut menawarkan kereta ganti percuma kepada semua pelanggan kami bagi sejumlah hari di dalam platform SOCAR dan TREVO, semasa kereta mereka berada di bengkel,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SOCAR dan TREVO Malaysia, Leon Foong.

Ganjaran untuk pelanggan awal
Sebagai tawaran pengenalan untuk pembaharuan 1,000 TREVO Guard pertama, pemilik kereta akan menerima pelbagai ganjaran daripada TREVO termasuklah Kereta Ganti Sementara Percuma daripada model yang sama atau segmen kereta yang serupa sehingga 7 hari setahun jika kereta yang diinsuranskan tidak boleh dipandu, serta penggunaan ‘rakan pemandu’ peribadi secara percuma bagi membawa mereka di dalam kereta mereka sendiri untuk 2 kali perjalanan selama 2 jam, dalam setahun. Sementara itu, TREVO Host yang termasuk di antara 1,000 pembaharuan baru pertama juga akan menerima rebat tunai sebanyak RM128.

“Di TREVO, kami telah menyaksikan semakin ramai orang menyertai pasaran P2P dalam tempoh 14 bulan sejak syarikat TREVO dilancarkan. Berkembang dari Lembah Klang hinggalah ke Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Johor Bahru, bilangan ahli kami telah meningkat sehingga 121,000 orang, dengan lebih daripada 4,600 kereta disenaraikan. Ini menjadi petunjuk jelas bahawa walaupun pemilikan kereta peribadi masih popular di kalangan rakyat Malaysia, mereka turut mencari cara baru untuk meringankan beban dan kerumitan yang datang dengan pemilikan kereta.”

“Bagi TREVO, kami mahu memperbaiki keseluruhan pengalaman pemilikan kereta, oleh itu dengan adanya TREVO Guard, kami bukan sahaja menjadikan proses memperbaharui insurans motor lebih mudah untuk para pemilik kereta di Malaysia, malah kami turut menawarkan ketenangan minda menerusi pelbagai faedah menarik seperti Kereta Gantian Sementara Percuma, perkhidmatan pemandu peribadi percuma untuk kereta anda sendiri, serta rebat untuk TREVO Host yang menjadi pelanggan awal TREVO Guard,” tambah Ketua Pegawai Eksekutif TREVO Malaysia, Susan Teoh.

Untuk memulakan proses memperbaharui insurans motor anda melalui TREVO Guard, sila muat turun aplikasi TREVO dan daftar akaun TREVO bagi menikmati pengalaman aplikasi yang sepenuhnya. Kemudian, selepas anda log masuk, cuma klik ikon ‘TREVO Guard’ dan isi nombor pendaftaran kenderaan dan nombor kad pengenalan anda (atau nombor pasport untuk bukan warganegara) bagi mendapatkan sebut harga insurans motor anda dalam tempoh 24 jam.

Ketahui lebih lanjut mengenai TREVO Guard di https://trevo.my/guard dan dapatkan maklumat terkini daripada TREVO di Facebook di https://www.facebook.com/TrevoMY/

Previous Post

Santa Cruz 2022, Pikap Terbaharu Hyundai

Next Post

Sudah 50 Tahun, Lamborghini Miura SV Masih Cemerlang!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved