Aehra, sebuah jenama EV yang berasal dari Itali berjaya menarik perhatian dengan penampilan pertama SUV keluarannya yang masih lagi belum diberikan nama. Bahagian eksterior memang tampil menarik, begitu juga bahagian dalamnya yang dimulakan dengan bukaan pintu yang benar-benar gila. Kombinasi pintu rama-rama bukaan penuh, mustahil untuk mengabaikan pemapar tunggal yang menduduki dashboard yang benar-benar luas serta agak mengganggu bahagian windshield.
Jangan terkejut, skrin lebar ini mempunyai dua fingsi dan juga dua penalaan. Apabila memandu, ia boleh dipisahkan bahagian dashboard dan meninggalkan bahagian atasnya sahaja dengan instrumen digital dan informasi navigasi. Pemapar digital kekal untuk eksterior cermin sisi dipasangkan di mana-mana dua bahagian kiri atau kanan.
Apabila anda memberhentikan kereta atau membiarkan ia dalam keadaan parking, skrin melebar ke atas menjadikan ia satu monitor pejabat yang benar-benar lebar dan besar. Mirip sistem teater di rumah atau bilik mesyuarat. Aehra menawarkan beberapa cadangan dan konfigurasi skrin yang lebih. Tunggu dulu, ia bukan satu-satunya skrin di atas dash. Skrin sesentuh yang lebih kecil dipasangkan sedikit rendah sebagai pusat kawalan untuk fungsi-fungsi infotainmen utama dan juga stereng.
Para pemilik dan pemandu pasti teruja serta tidak sabar untuk memandu SUV ini memandangkan ia mempunyai ruang yang lebih luas. Platform elektrik ini membenarkan lantainya benar-benar leper memberikan ruang yang lebih luas kepada para penumpang untuk mengunjurkan kaki sepanjang perjalanan. Dikatakan, Aehra menawarkan SUV ini samada dalam 4-kerusi atau 5-kerusi.
Sayangnya, tiada lagi maklumat lain yang dikongsikan. SUV ini masih lagi berada dalam konsep digital tetapi jurucakap Aehra mengatakan pembinaan prototaip akan dimulakan sebaik sahaja para pembekal dan kontraktor untuk beberapa komponen disahkan. Sekiranya semua mengikut perancangan yang ditetapkan, Aehra bakal mendedahkan rekaan untuk kenderaan keduanya iaitu sebuah sedan pada Februari 2023.
Sumber : Motor1