Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Peluang Bertemu Para Pemilik Ford Ranger, Bersantai Hujung Minggu Dan Berkongsi Minat Sama

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
07/04/2023
in BULETIN, UTAMA

Dalam tahun-tahun terkini, trend menuju gaya hidup 4×4 semakin popular dan ramai orang memilih untuk memiliki trak pikap untuk menjelajah pada hujung minggu, sambil menggunakannya untuk kerja dan keluarga. Para pemilik Ford Ranger yang ingin mengalami pengembaraan hujung minggu di atas jalan dan off-road sambil menikmati udara segar di kawasan gunung boleh menantikan dua Ford Ranger Getaways baharu pada bulan Mei ini. Kedua-dua percutian ini juga menawarkan cara yang baru dan menawan untuk meraikan Hari Ibu pada tahun ini.

Getaways yang pertama adalah penerokaan alam semula jadi – “A Trip Through Nature” di Gunung Jerai pada 6 Mei 2023. Manakala, Getaways yang kedua adalah mengejari terbitan matahari – “Chase the Sunrise in Cameron Highlands” pada 27-28 Mei 2023 – kedua-duanya membawa para pelancong keluar daripada laluan biasa dan juga merupakan lawatan semalaman pertama dalam siri Ford Ranger Getaways tahun ini.

Kedua-dua Getaways adalah lawatan kumpulan yang dianjurkan oleh Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, untuk menawarkan cara yang baru dan menarik untuk meneroka keindahan semula jadi “Banjaran Titiwangsa” Malaysia.

Selain menikmati perjalanan menyenangkan dan meneroka keindahan landskap alam sekitar yang indah di sana bersama keluarga dan rakan, ia juga merupakan peluang untuk bertemu dan menjalin hubungan serta rangkaian dengan pemilik Ranger lain yang mempunyai minat sama.

“Sejak dulu, Ranger telah berkembang menjadi kenderaan gaya hidup moden yang dipilih oleh pelanggan, tidak hanya untuk bekerja, malahan untuk keluarga dan riadah sekali gus. Sebagai satu-satunya komuniti yang pertama memanfaatkan platform e-dagang berasaskan kembara dan cabaran, yang dicipta khusus untuk pasaran Malaysia, Ford Ranger Getaways mensasar untuk menawarkan pengalaman yang menyeluruh. Program ini membolehkan pelanggan meneroka kepelbagaian Ranger Life bersama mereka yang mempunyai minat sama, dan juga memanfaatkan sepenuhnya kemampuan Ranger mereka,” ujar Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair.

Ford Ranger Getaways meliputi beberapa kategori minat, selain perjalanan terancang termasuk penginapan semalaman dan kursus latihan, ada juga peluang yang membolehkan pelanggan memilih untuk pergi sendirian. Slot untuk semua Ford Ranger Getaways adalah terhad, dan diutamakan kepada mereka yang mendaftar dahulu.

Menerokai alam semula jadi di Gunung Jerai, Kedah
Teroka pergunungan di Kedah dalam perjalanan sehari ini pada 6 Mei sambil meraikan Hari Ibu dan nikmati keseronokan memandu di atas lereng curam semasa menuju ke puncak Gunung Jerai bersama konvoi Ford Ranger.

Di sepanjang jalan, mereka juga berpeluang mendepani cabaran 4×4 dengan mempelajari tentang ciri kawalan menuruni curam, bantuan mula mendaki dan laluan condong sisi di Bukit Kuang yang dikendalikan oleh pelatih profesional.

Ketika di puncak dengan ketinggian lebih daripada 1,000 meter dari paras laut, pengalaman menjamu selera di kawasan terbuka menanti, disertai dengan hamparan pemandangan luas menghadap pesisir pantai dan kawasan sawah pagi Kedah yang terbentang luas. Kepada yang meminati bunga, perhatikan juga tumbuhan hydrangea yang sedang mekar.

Bagi mereka yang inginkan aktiviti merentasi alam semula jadi, aktiviti mendaki santai dengan pemandu arah selama 30-minit juga disediakan, menelusuri laluan tangga ke air terjun Alur Naga.

Mengejari terbitan matahari di Cameron Highlands, Pahang
Melarikan diri dari kesibukan bandar dan merayakan Hari Ibu sambil berehat sepanjang hujung minggu dengan lawatan ke dataran tinggi yang indah selama dua hari pada 27-28 Mei mengunjungi sisi Cameron Highlands yang jarang diketahui.

Pelanggan Ranger yang mendaftar untuk pengembaraan ini akan berkonvoi dengan pemilik Ranger lain dalam satu perjalanan yang mengamparkan pemandangan indah, merentas antara jalan yang terbaik di Malaysia. Sekiranya tiba di resort, beberapa aktiviti akan menanti untuk memberikan peluang untuk peserta saling berkenalan dan beramah mesra, termasuk parti BBQ dan tonton wayang di bawah langit terbentang.

Kemuncak perjalanan ini ialah untuk mengejar terbitan matahari pada hari ke dua. Peserta akan keluar awal dan berkonvoi sejauh 40 km menuju ke sudut pemandangan misteri untuk menyaksikan sendiri terbitan matahari yang menakjubkan.
Harga dan ketersediaan
Kedua-dua percutian ini boleh menampung sehingga empat orang setiap kenderaan. Semua harga termasuk insurans untuk pelancong yang berumur 1 hingga 80 tahun. Kanak-kanak yang berumur 16 dan ke bawah boleh mengembara secara percuma. Lawatan ke Gunung Jerai ada dalam dua pakej. Pakej Individu & Pasangan dijual pada harga RM456.02 seorang manakala Pakej Keluarga berharga RM1,716.49 untuk empat orang dewasa.

Sementara itu, harga untuk pengembaraan ke Cameron Highlands bermula dari RM1,047.77 seorang.

Pemilik Ranger generasi baharu pula boleh menikmati potongan harga 30% untuk Ford Ranger Getaways melalui kod kad keistimewaan Inner Circle mereka.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Ford Ranger Getaways Mei nanti, serta senarai aktiviti lainnya untuk bulan-bulan mendatang, layari platform e-dagang SDAC-Ford. Melalui platform atas talian ini, pelanggan juga boleh memilih percutian yang diinginkan, membuat tempahan serta bayaran.

Untuk maklumat lanjut tentang Ranger generasi baharu, SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube atau layari www.sdacford.com.my.

Previous Post

Jentera Drift Pro, Taruhan Eric Wong

Next Post

Pengeluaran Terhad, Bakal Tampil Dengan Debu Digital Pixie

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved