Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Pelanggan bantu hasilkan Ford Ranger Generasi Terbaharu

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
21/08/2022
in BULETIN, UTAMA

Ford Ranger generasi terbaharu yang diperkenalkan pertama kali di Malaysia bulan lalu adalah hasil daripada pandangan dan maklum balas pelanggan serta dibangunkan melalui kaji selidik pelanggan yang menyeluruh untuk menjadikannya lebih baik.

Pereka memanfaatkan pandangan yang diperoleh itu, dan digabungkan bersama formula trak pikap global yang telah terbukti dan menerima anugerah, untuk menghasilkan Ranger generasi baharu yang – Ikonik, sarat kepelbagaian dan boleh dipercayai oleh pelanggan untuk melakukan hampir apa saja.

Ketua Pereka Ranger, Max Tran dan pasukannya meluangkan banyak masa bersama pelanggan di seluruh dunia untuk memahami cara mereka menggunakan trak pikap masing-masing setiap hari. Ford menjalankan lebih 5,000 wawancara dan merakamkan lebih 1,800 halaman nota lapangan sebagai rujukan, yang membantu membangunkan dan menjadi panduan bagi jurutera serta pereka untuk membangunkan trak pikap dengan ciri dan kemampuan yang diperlukan pelanggan.

“Memerhati cara pemilik menggunakan trak mereka, sama ada untuk tujuan kerja, keluarga atau riadah, telah mengilhamkan beberapa idea penting yang membawa kepada keputusan terhadap rekaan dan pembangunan trak berkenaan,” ujar Tran. “Satu contoh terbaik adalah kotak pemijak bersepadu. Dalam sesi klinik, kami dapati ramai pelanggan menghadapi masalah untuk mencapai barangan di ruang barangan belakang, dari bahagian sisi trak; ramai juga yang memijak tayar belakang atau bampar untuk berbuat demikian.”

“Jadi kami tampil dengan idea sebuah kotak pemijak, diletakkan di belakang roda belakang,” jelasnya. “Kami zahirkannya dan lakukan ujian dengan pemilik dan maklum balas yang diterima sangat memuaskan. Ada yang mengatakan yang ciri itu sahaja sudah cukup menjadi alasan untuk mereka membeli Ford Ranger.”

Rekaan Luaran
Rekaan luaran Ranger generasi baharu ini dihasilkan mengikut dua prinsip penting: untuk membawanya ke masa hadapan dan menzahirkan slogan Built Ford Tough.

“Pelanggan mempunyai pandangan yang jelas tentang apa yang mereka suka dan bagaimana mereka menggunakan Ranger untuk urusan seharian,” jelas Tran lagi. “Kami juga perlu menyertakan ciri dan nilai yang diinginkan oleh pengguna untuk memastikan ia mengikut perkembangan semasa serta mempunyai kepelbagaian dan kemampuan. Rekaan kotak pemijak baru di bampar belakang sebagai contoh merupakan hasil langsung daripada maklum balas pengguna untuk mendapatkan capaian yang lebih baik ke ruang kargo, dan mereka juga mahukan ruang kargo yang lebih lebar yang boleh memuatkan palet kayu saiz penuh.”

“Sebahagian daripada kami beralih kepada alam, sebahagian lagi kepada seni bina atau seni untuk mencari ilham. Tiada batas, pereka kami dibiarkan meneroka semahunya,” ujar Tran. “Kami merujuk Ranger sebagai saudara kepada F-150. Ranger telah mempunyai pengikut yang kuat sejak 10 tahun lalu, dan kami meneruskan ciri rekaan menarik yang ada padanya untuk menghasilkan sebuah trak yang diterima di seluruh dunia, yang turut menganjakkan lagi kemampuan rekaan kami.”

Imej tegap trak ini memang disengajakan kerana ingin memerlihatkan rupa luaran yang gagah dan kukuh. Dari rekaan gril baru yang menonjol dengan lampu utama bentuk C, lampu nyalaan siang dan palang atas gril yang ketara hinggalah kepada lengkuk roda yang lebih jelas, garis bahu yang kelihatan dan logo Ranger yang lebih besar di belakang, Ranger generasi baharu ini membawa semangat keyakinan dan kemampuan yang tiada tara. Di belakang, lampunya direka secara harmoni dengan grafik bentuk C lampu utama di depan. Peningkatan 50 mm pada jejaknya serta jarak antara roda yang 50 mm lebih panjang berbanding Ranger sebelum ini juga membolehkan pereka menganjakkan lagi roda depan ke bahagian sudut, membolehkannya kelihatan lebih gagah.

Rekaan Dalaman
Di dalam, Ranger generasi baharu ini diberikan rekaan kokpit bergaya, teknologi mesra pengguna dan kabin luas yang sarat kepelbagaian dan rasa premium.

Material lembut yang digunakan memperhaluskan lagi suasana dalaman, serta panel instrumen baru yang memanfaatkan rekaan lebih lebar dan sekaligus menciptakan rasa yang lebih luas. Beberapa sentuhan rekaan luarannya turut dibawa ke dalam: perincian pada corong pendingin menggunakan rekaan sama seperti rekaan di gril depan, serta beberapa unsur permukaan luaran turut dibawa ke ruang kabin.

Menjadi rekaan utama papan pemukanya adalah skrin sentuh beresolusi tinggi 10.1-inci atau 12-inci yang terletak di tengah, melengkapi kluster instrumen digital yang ada. Pelanggan lebih menyukai tataletak skrin menegak kerana ia memberikan cukup ruang untuk skrin tunjuk arah dan meninggalkan bahagian bawahnya untuk menu lain, seperti kawalan hiburan atau pendingin.

Pereka juga membayangkan semula aspek utama kabinnya; sebagai contoh, bagaimana pemegang pembuka pintu boleh disepadukan dengan lebih baik sebagai lanjutan kepada rekaan papan pemukanya, menjadikan ciri itu lebih mudah digunakan. Sekali lagi, maklum balas pelanggan telah dipertimbangkan untuk meletakkannya di kedudukan lebih rendah—nampak lebih selari dan memberikan capaian mudah kepada suis tingkap dan perehat lengan. Ruang dalaman juga menggunakan lebih banyak material lembut untuk memberikan rasa premium.

Kerusi juga telah direka semula, dengan penampan baru serta bahagian lembut untuk menjadikannya lebih bergaya dan selesa. Kepelbagaian pula menjadi kata kunci penting untuk kerusi barisan kedua, dan kini boleh dilipat rata dan mempunyai ruang simpanan tersembunyi di bawahnya. Corong pendingin juga tersedia di belakang konsol tengah untuk penumpang di belakang. Ada juga ruang simpanan tambahan misalya di bahagian poket pintu di depan dan juga belakang.

“Ranger generasi baharu ini telah memberi erti segar tentang peranan sebuah trak pikap untuk tujuan kerja, keluarga dan riadah yang boleh dipercayai,” ujar Pengarah, Pengurusan Barisan Produk, Trak Global, Gary Boes. “Dengan bantuan maklum balas yang berguna daripada pelanggan, kami menghasilkan Ranger yang kami yakin akan mengilhami pemiliknya untuk melakukan apa saja yang mereka inginkan, serta ciri baru yang ada itu membolehkan mereka terus meneroka.”

Sertai siri jelajah Ranger generasi terbaharu
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, akan mempertontonkan Ranger generasi terbaharu ini di Kuching pada 7-11 September di Vivacity Megamall, dan Suria Sabah Shopping Centre, Kota Kinabalu pada 5-9 Oktober.

Menjelang pelancarannya di bilik pameran, acara pratonton ini adalah sebahagian daripada siri jelajah seluruh negara bagi Ranger generasi baharu ini di lima kawasan, termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru melibatkan tempoh lima hujung minggu.

Jangan ketinggalan untuk berkunjung ke acara pratonton akan datang ini dan dekati Ranger generasi baharu dalam siri jelajah berkenaan.

Daftar di laman “Register” ini untuk mendapatkan jemputan eksklusif ke lokasi berdekatan anda.

Untuk maklumat lanjut tentang Ranger generasi baharu, SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube channel atau layari www.sdacford.com.my.

Previous Post

Lincoln Model L100, Coupe Elektrik Diinspirasikan Kumbang?

Next Post

Nissan Murano, Perlu Perubahan Dan Kemaskini Bukan Hanya Warna Dan Logo!

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved