Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Pawagam Pandu Masuk Di Malaysia?

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
15/07/2020
in BULETIN, UTAMA

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan meneliti dan memperhalusi Lesen Pemameran Filem (EF) bagi sektor pawagam pandu masuk seiring pengamalan normal baharu susulan pandemik COVID-19. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata perkara itu perlu dilakukan bagi menjaga keselamatan kandungan filem yang bakal ditayangkan agar tidak menjadi ‘mangsa’ cetak rompak.

“Pawagam pandu masuk adalah di bawah sektor pemameran, mungkin ia wujud disebabkan normal baharu sekali gus menjadi satu trend. Faktor keselamatan adalah kriteria penting yang dititikberatkan kerana kita kena jaga sektor pengeluaran.

“Untuk itu, kita mungkin akan menggubal atau melakukan beberapa penambahbaikan terhadap lesen berkenaan untuk disesuaikan dengan jenis tayangan sebegini. Namun, sehingga hari ini, kita masih belum ada keputusan muktamad,” katanya.

Pada 9 Julai lepas, kerajaan bersetuju membenarkan permohonan aktiviti pawagam pandu masuk tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, antaranya pengunjung mesti berada di dalam kenderaan masing-masing, penjualan makanan dibuat secara dalam talian dan mengambil makanan secara pandu lalu.

Untuk itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperincikan SOP berkaitan aktiviti ini bagi rujukan semua operator yang terlibat.

Menurut Ahmad Idham, pengawalan seperti itu perlu dibuat supaya ia tidak bercanggah dengan agenda Finas untuk memperkasakan industri perfileman di Malaysia.

Mengulas lanjut, katanya, terdapat dua senario bagi pemameran pawagam pandu masuk dalam menayangkan sesebuah filem.

“Sama ada ia akan menjadi platform penayangan filem terkini seiring dengan pawagam sedia ada atau ia boleh menjadi platform yang hanya menayangkan filem lama serta sekadar program ‘merakyatkan’ filem bagi mempromosikan filem bertema,” katanya.

Pada masa sama, beliau menyifatkan konsep pawagam pandu masuk ini sebagai sesuatu yang menarik sekali gus mewujudkan platform hiburan yang lebih santai dan selamat untuk seisi keluarga.
“Cuma, mungkin ia sedikit mencabar kerana negara kita beriklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun, itu akan menjadi kesukaran dalam memilih lokasi yang bersesuaian,” katanya.

Seorang operator pawagam pandu masuk, Johnson Lourdes dari Johnson Media Resources berkata pihaknya bersedia memberi perkhidmatan tersebut buat kaki wayang mulai Ogos depan.

Bakal menayangkan pelbagai filem tempatan dan antarabangsa, beliau bagaimanapun enggan mendedahkan lokasi pawagam berkenaan dengan lebih lanjut.

“Setakat ini, kita sudah mengenal pasti beberapa lokasi. Kita sasarkan untuk membawa 250 kereta sekali masuk untuk setiap kali tayangan filem.

“Untuk maklumat lanjut, kami akan mengumumkannya di Facebook kami, JMR Outdoormovies Services, tidak lama lagi,” katanya sambil memberitahu ia akan beroperasi pada setiap malam hujung minggu.

Johnson Media Resources, merupakan syarikat pembekal peralatan pemameran filem sejak 2010 turut berpengalaman dalam menganjurkan tayangan filem luar sebelum ini.

Bahkan, Johnson juga optimis pawagam pandu masuk ini akan berjaya seterusnya memberikan pengalaman sinematik yang unik sambil mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Kita yakin ia akan dapat sambutan yang memberangsangkan daripada penonton. Sekarang ia adalah trend satu dunia apabila orang lebih menggemari pawagam luar sambil memandu dalam kemudahan tayangan,” katanya.

Positif dengan perkembangan baharu terbabit, Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Pansha atau nama sebenarnya Panchacharam P. Nalliah, menyifatkan kewujudan pawagam pandu masuk ini relevan dengan situasi semasa selain memberi kepelbagaian pilihan kepada penonton.

“Ia adalah satu peluang baharu dan biasanya apa-apa yang baharu akan buat kita lebih teruja. Kita harap ia boleh berjaya seterusnya menyokong industri perfileman di negara ini,” katanya.

Seorang kaki wayang yang juga pelawak terkenal tanah air, Harith Iskander pula beranggapan pawagam pandu masuk akan memberi satu pengalaman baharu yang sangat mengujakan.

“Ini adalah satu perkembangan yang bagus dan platform baharu dalam perniagaan pawagam. Apa yang penting, penonton mahu merasai dan menikmati sendiri pengalaman tersebut. Ia adalah sesuatu yang sangat berharga,” katanya. — BERNAMA

Previous Post

Dodge Durango Hellcat 2021, Pengeluaran Hanya 6 Bulan

Next Post

MYVI 2020 Dengan Teknologi ASA 2.0, Tampil Lebih Bergaya!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved