Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

PANCHING MAGIC

Saiful by Saiful
27/10/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Bila bercerita pasal Felda, kita mungkin bayangkan sebuah kawasan tanaman sawit yang luas dan mendamaikan. Golongan penduduknya terdiri daripada generasi setengah abad yang keras berusaha memajukan keluarga. Dari segi kemasyarakatan pulak, hampir kesemuanya saling mengenali antara satu sama lain, sekaligus membentuk keluarga besar yang harmoni.

Seperti yang sering digembar-gemburkan, sebahagian besar generasi kedua Felda tidak berminat untuk menetap atau mencari nafkah di tempat asal mereka. Tak boleh raver katanya, baik kerja kilang kat Klang. Janji dapat beli arejek. Namun persepsi tersebut segera berubah selepas berkenalan dengan Pone dan rakan-rakannya di Felda Panching Utara, yang masih yakin untuk terus tinggal di sini.

Pone sebenarnya seorang pomen yang mengusahakan bengkel membaiki jentera berat di kawasan Feldanya. Dalam masa yang sama, beliau ada menyimpan sebijik CP9A EVO VI sebagai jentera mainan. Kerana kebolehan beliau dalam dunia baik pulih dan modifikasi, ia segera menarik minat rakan-rakan EVO yang lain untuk berkampung di sini. Lantas mewujudkan pemandangan yang jarang kita lihat, bagaimana kawasan Felda seperti ini boleh dipenuhi dengan keluarga EVO!

Dari sebuah model asas, penampilan kereta ini telah ditingkatkan lagi menerusi pemasangan bumper depan Varis yang lebih agresif. Diselitkan juga sepasang lampu projektor Cibie, cermin sisi Ganador, serta spoiler boleh laras ARC yang dipasangkan pada unit spoiler asal.

Ruang roda pulak mengandungi set rim Volk Racing CE28 yang digabungkan bersama tayar Achilles ATR bersaiz 235/45ZR17. Sistem brek Brembo asal masih dikekalkan, namun diperkuatkan semula dengan rotor dan pad brek dari Project U. Sebagai pelengkap, sistem gantungan juga telah dinaik taraf menggunakan set suspensi dari Tein.

Memiliki sesuatu yang sudah sedia baik, tidak bermakna Pone harus berpuas hati dengannya. Tak panggil pomen la kalau chain block yang ada, dibiar berkarat macam tu ajer. Lepas enjinnya ditarik keluar, keseluruhan ruang ini telah dicat semula dengan kaler hijau muda. Enjin kemudian dirombak, untuk mengembalikan semula kuasa yang telah hilang. Ia melibatkan penempatan beberapa komponen penting seperti crankshaft 2.2-liter, conrod BC dan piston Wiseco 86mm. Tidak ketinggalan proses port & polish kepala silinder, penggunaan camshaft Kelford 272°, spring injap dan retainer BC, lifter hidraulik jenis solid, serta sepasang cam pulley dari Tomei.

Sistem pendesak mendapat khidmat turbo TD05H 20G yang disangkut pada manifold turbo kustom. Jumlah tekanan yang terbentuk di bahagian ini dirembes keluar menerusi wastegate Tavorn 40mm. Proses sejukan dibantu intercooler HKS yang lebih besar dan bersambung menggunakan paip intercooler aloi RalliArt. Sementara boost yang tidak digunakan, akan dilepas semula melalui injap pelepas HKS Racing Type II.

Penyampaian bahan api ditugaskan kepada pam bertekanan tinggi Walbro 450. Dari sini, ia ditembak menggunakan injektor FIC 850cc ke kebuk pembakaran, dengan unit regulator Sard mengawal kadar tekanan dan balikan semula. Kuasa letusan datang dari koil jenis COP dari enjin K Series. Memastikan talaan enjin yang lebih sempurna, unit ECU menerima pemetaan TephraMode Version 7 terkini, dan mampu menjana kuasa sehingga 412hp. Laju sangat dah tu…

Hampir kesemua komponen dalaman masih berada pada kedudukan asal. Benda dah premium, takkan nak bukak pulak. Yang Pone tukar hanyalah meter utama RalliArt, stereng Momo RalliArt serta tombol gear CF RalliArt. Tersemat di ruang tengah dashboard adalah gugusan tiga meter Defi untuk tujuan pemantauan, termasuk sebuah meter rpm dengan lampu tukaran gear Defi.

Sapa kata anak Felda tak boleh maju? Walaupun tinggal di ladang sawit, Pone telah buktikan yang ia bukan penghalang untuk beliau memiliki sebuah kereta berprestasi dan meminati dunia modifikasi…

 

SPESIFIKASI

  • Pemilik – Shaiful Haizar (Pone)
  • Pengeluar – Mitsubishi
  • Model – Lancer CP9A EVO VI
  • Tahun – 2000
  • Enjin Asal – 4G63T
  • Modifikasi Enjin – Crankshaft 2.2-liter, conrod BC, piston Wiseco 86mm, stud ARP, port & polish kepala silinder, camshaft Kelford 272°, spring injap & retainer BC, lifter hidraulik solid, cam pulley Tomei, kotak udara Carbin, penapis udara Apexi, TD05 20G, manifold turbo kustom, wastegate Tavorn 40mm, intercooler HKS, paip intercooler aloi RalliArt, injap pelepas injap pelepas HKS Racing Type II, pengawal boost manual Works, pam Walbro 450, injektor FIC 850cc, regulator Sard, koil COP K Series, pemetaan ECU TephraMode Version 7, radiator aluminium Koyo, plet penyejuk ARC, tangki perangkap minyak GReddy
  • Transmisi – Sistem pacuan AWD, kotak gear LSD RalliArt, klac plet berkembar QM Racing
  • Ekzos – Paip kustom 3-inci, muffler Apexi
  • Luaran – Bumper depan Varis, lampu projektor Cibie, cermin sisi Ganador, spoiler boleh laras ARC
  • Suspensi – Tein HA
  • Brek – Brembo, rotor & pad brek Project U
  • Rim & Tayar – Volk Racing CE28 17-inci & Achilles ATR 235/45ZR17
  • Dalaman – Meter utama RalliArt, stereng Momo RalliArt, tombol gear CF RalliArt, meter Defi, pemasa enjin GReddy
  • Bengkel – Panching Auto Garage, Sg. Panching Utara, Kuantan
Previous Post

BANGKOK INTERNATIONAL AUTO SALON 2019

Next Post

BABY-BENZ POKMANG

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved