Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

NISSAN GT-R GENTIAN KARBON

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
05/01/2016
in MODIFIKASI, UTAMA

Nissan GT-R ialah salah-satu projek mega Carlos Ghosn apabila beliau dilantik sebagai CEO baru Nissan selepas syarikat gergasi Jepun tu diambil alih oleh Renault dari Perancis.

Sebelum kehadiran GT-R, nama GT-R berkait rapat dengan satu lagi nama besar milik Nissan iaitu Skyline. Model-model Skyline GT-R yang bermula daripada model KPG10 Hakosoka’ sehinggalah ke model R34 merupakan satu nama yang gah di serata dunia,. Walaupun kereta ini sebenarnya hanya dijual secara rasmi di negara kelahirannya, Jepun.

Ghosn menyedari hakikat itu dan berusaha menjadikan nama GT-R sebagai kereta untuk pasaran antarabangsa. Beliau pelik kenapa Nissan tidak memasarkan model yang hebat seperti ini sejak dulu lagi. Sebaliknya hanya berpuas hati menjual model-model biasa seperti Micra, Sunny, Almera dan sebagainya.

Dengan keazaman yang kuat dan sumbangan teknikal daripada jurutera terbaik Nissan, akhirnya cita-cita Ghosn tercapai apabila kereta Nissan GT-R berjaya dihasilkan untuk jualan pada tahun 2008.

Kereta dengan enjin terbaru yang dipasang secara manual tanpa bantuan robot itu mampu menghasilkan 485bhp. Kuasa itu kemudian disalurkan ke kotak gear klac berkembar dengan sistem pacuan empat roda yang mampu menewaskan kereta Porsche 911 Turbo di litar Nurburgring, Jerman.

Saya masih ingat apabila kereta ini mula menjejakkan tayar berisi gas nitrogennya di Malaysia, hanya selang beberapa bulan selepas dilancarkan. Harganya lebih RM600,000.

Tetapi kalau difikirkan balik, ia jauh lebhih murah berbanding Porsche 911 Turbo. Sememangnya inilah niat Nissan dari awal lagi, membina sebuah kereta super dengan prestasi yang hebat. Tetapi pada harga yang jauh lebih murah daripada pesaing terdekatnya.

Kini, GT-R boleh dibeli pada separuh harga asal yang ditawarkan. Terima kasih kepada kebanjiran kereta recond di pasaran Malaysia. Dengan harga jualan yang lebih murah, tak hairanlah kenapa kereta ni semakin banyak atas jalan raya.

Tak macam kereta eksotik lain yang lebih banyak menghabiskan masa di bawah selimut, GT-R lebih mudah untuk dilihat memandangkan ia sebuah Nissan. Sedia maklum bahawa Nissan ialah kereta yang boleh dipandu setiap hari tanpa sebarang masalah.

Kami bertemu dengan Nissan GT-R ini di Johor. Ia kereta demo milik CM Racing, sebuah kedai aksesori kereta yang memasarkan aksesori gentian karbon tulen.

Sejujurnya, kereta ini tak banyak diubah suai. Enjin VR38DETT langsung tak diusik. Semua aksesori yang lazimnya diganti macam penapis udara, intercooler, sistem turbo mahupun sistem ekzos masih dikekalkan seadanya.

Ubah suainya lebih cenderung ke arah estetika. GT-R ini menggayakan pelbagai produk gentian karbon yang dipasarkan oleh CM Racing. Walaupun ia nampak macam standard, namun pemiliknya, Desmond sudah menggantikan beberapa panel asal dengan produk yang dibuat daripada gentian karbon.

Dengan menggunakan reka bentuk bodykit ZELE sebagai inspirasi, Desmond menggantikan lips depan, skirting sisi, apron bampar belakang dan spoiler belakang dengan aksesori gentian karbon.

Langkah seterusnya, Desmond menggantikan bonet depan yang asalnya aluminium kepada gentian karbon. Bonet belakang juga mendapat sentuhan produk gentian karbon yang bukan saja nampak lawa, tapi ringan.

Penggunaan barang gentian karbon diteruskan untuk bahagian dalaman terutama papan pemuka. CM Racing membekalkan panel gentian karbon yang direka khas untuk GT-R yang merangkumi panel untuk konsol tengah dan bingkai meter.

Kalau anda perasan, tempat duduknya berwarna putih. Satu opsyen yang agak sukar dijumpai berbanding tempat duduk berwarna hitam atau merah.

Selain bodykit yang digantikan dengan aksesori gentian karbon, tak lengkap kalau rim tak diganti. Rim 20 inci asal GT-R yang dibekalkan oleh NISMO dah cukup cantik, tapi bagi mereka yang mampu memiliki GT-R, menggantikan rim asal tak jadi masalah pun.

Desmond memilih rim Hamann buatan Jerman yang lebih terkenal untuk kereta-kereta seperti Mercedes dan BMW.

Walaupun pengubahsuaian yang dilakukan terhadap kereta demo ini begitu minimum, namun pasti ramai yang terpaku melihat kereta ini meluncur di jalan raya. Tak kurang juga yang sanggup posing depan kereta untuk ambil gambar, lepas tu upload di Facebook. Begitulah hebatnya tarikan kereta bernama Nissan GT-R kepada orang ramai.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

 

Previous Post

Wheel Hub Assembly & Bearings Auto Spare Parts Supplier in Malaysia.

Next Post

SURVIVAL MAZDA LANTIS SEDAN

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved