Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

NISSAN BLUEBIRD 510 COUPE – KALAU TAK BAGITAU MANA NAK TAU?

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
19/09/2016
in MODIFIKASI, UTAMA

Ya. Kereta kecil saiz ala-ala Saga BLM, dua pintu dengan attached hood belakang. Idea ini datang pada tahun 1970-an, lama sebelum kereta lagenda macam Mazda MX-5 dilancarkan pada penghujung tahun 1980-an.

Konsep kereta macam ini kadang-kadang macam tak masuk akal. Logiknya, buat apa nak jarakkan pintu untuk sebuah kereta murah? Kereta-kereta coupe/convertible/spyder adalah konsep Eropah/Amerika yang asalnya untuk tema Gran Touring. Tengok sejarah Jaguar, Corvette dan Pontiac, kereta sedan tak dibuat dengan betul sampaikan payah nak jumpa pada hari ini.

Nak jumpa kereta macam ni boleh kira tahap mustahil di Malaysia. Malah di Jepun sendiri, model macam ni mengalami masalah kepupusan yang kronik. Di Jepun sekarang, main kereta Olskool dah jadi hobi orang kaya.

Semuanya berebut, daripada body kereta reput sampailah ke alat ganti yang diburu hingga ke lubang cacing. Dalam banyak-banyak kereta yang saya cakap ni, Nissan 510 adalah antara senarai teratas dengan harga barang-barangnya yang tak masuk akal.

Realiti untuk main kereta macam ini cabarannya sangat kuat. Kalau acah-acah baru minat kereta sekolah lama lepas tu nak bermula dengan 510, nasihat para otai, baik jangan. Melainkan duit bukan halangan atau memang dah niat nak jadikan kereta ni lebih buruk dari asal. Kalau ada duit banyak tapi tak ada semangat pun tak boleh juga. Membuat badan kereta ni merupakan kerenah paling besar.

Tapi macamana kalau dapat badan coupe?

Itu cerita lain. 510 coupe berada dalam kelas tersendiri dan sudah tentulah tidak murah kalau nak beli. Korang ingat boleh jumpa iklan kereta ni tiap-tiap bulan dalam mudah? Mungkin timbul 5 tahun sekali dan saya rasa ada berapa buah sahaja di Malaysia.

Anggapan saya zaman itu masih sama. Masa tahun 1970-an, siapa nak beli kereta murah dua pintu? Tentu yang betul-betul minat, mampu dan nak lari daripada tema Alfa Romeo, Fiat dan Mercedes.

Waktu kereta ini dibawa balik dari penjual pertama, keadaannya tidaklah secantik ni. Badan pun tinggal masa nak runtuh. Tetapi disebabkan keinginan pemilik baru memiliki sesuatu yang luar biasa, kereta ini telah dipulihkan sesempurna mungkin. Buat body je berapa tahun baru siap. Korang tak tau, jangan ingat macam nak repair ketuk Myvi.

Kerja peningkatan tidak dibuat pada enjin asal yang masih boleh diharap lagi. Apa yang diganti ialah sebuah karburetor SU. Pemiliknya pun tak kisah, janji badan kereta cantik dan guna rim yang betul.

Kereta ‘anugerah’ ini dipadankan dengan rim RS Watanabe 14X7 di depan dan 14X7.5 belakang. Kalau nak buat stail kanjo memang tak cukup lebar. Ada dua cara sebenarnya. Guna rim buka 9-10 inci belakang dengan fender flare atau kekalkan macam ni, nampak macam 70-an dengan fender trim rata.

Set suspensi direndahkan untuk mendapat set-up level begitu. Bahagian depan kasi modified potong spring. Sementara bahagian belakang pula guna set suspensi daripada Toyota AE86. Semua brek kereta ni tak diusik. Senang cakap, sentuhan modifikasi pada kereta ini sangat minimalis.

Bahagian dalaman pun sama. Semuanya nampak kepada proses restorasi semula dengan kit kulit/PVC. Papan pemuka kemas cantik, memang payah nak jumpa 510 dipelihara begini. Stereng yang nampak lain tu datang dari model Datsun versi Competition.

Sejak kebelakangan ini, kami dihujani pelbagai pertanyaan yang selama ni tak pernah terlintas nak jawab. Contohnya, ramai yang minat nak tahu macam mana nak bawa balik kereta macam ni dari Jepun, sebab nak cari di sini memang tahap tak munasabah. Jawapannya boleh. Tunggu saya jadi menteri MITI.

Memang boleh, ada 2 cara iaitu dapatkan Permit Import (AP) kereta klasik atau AP pelajar/pekerja yang lebih 12 bulan duduk luar Malaysia. AP terbuka biasa memang tak boleh sebab kereta mestilah dalam lingkungan usia 5 tahun.

Kalau ada jalan nak dapat kelulusan pelikbinajaib ini barulah boleh uruskan dari sebelah Jepun, beli dan serahkan pada agen eksport untuk siapkan semua. Saya tengah usha satu Hakosuka jadi-jadian ni. Baru-baru ni ada orang post gambar di port sebijik Hakosuka kuning. Sapa punya tu?

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

NILAI KLASIK PROTON SAGA MEGAVALVE

Next Post

TOYOTA COROLLA 4 THROTTLE SLEEPER

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved