Baru-baru ini, Nissan telah mengumumkan kehadiran ahli terbaharu dalam keluarga Nissan Z yang akan didedahkan kepada umum pada 17 Ogos ini di New York. Sebelum ini, kereta konsep Z Proto telah dipertontonkan buat kali pertama pada September 2020. Kereta ini menampilkan enjin V6 pengecas turbo berkembar dengan transmisi manual 6-kelajuan.
Menurut ketua pereka Nissan, Alfonso Albaisa, pasukan pereka Nissan telah menghasilkan beberapa lakaran serta membuat kajian ke atas setiap generasi dan meneliti kejayaan di sebaliknya. Justeru, mereka memutuskan agar ciri-ciri Z Proto perlu merentas sepanjang dekad termasuk masa depan.
Pelbagai spekulasi mengenai rekaan konsep yang mana satu akan masuk dalam produksi dan terbaharu, beberapa imej telah didedahkan. Dikatakan, versi produksi ini kelihatan sama seperti kereta konsep dan mengekalkan ciri-ciri rekaan Nissan Z itu sendiri.
Dalam sebuah laporan Carscoops, Nissan Z terbaharu ini akan dikenali sebagai 400Z. Namun, ia bercanggah dengan beberapa sumber yang mengatakan ia akan dipanggil sebagai Z untuk semua pasaran di dunia kecuali di Jepun yang kononnya akan menggunakan nama Fairlady Z.
Mana satu yang betul? Kena tunggu sehingga Ogos nanti!
Sumber : Carscoops