Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

myTukar Lancar Pengalaman Pembelian Serba Baharu

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
03/04/2021
in BULETIN, UTAMA

Syarikat myTukar Sdn Bhd, platform perdagangan kenderaan terpakai atas talian yang paling cepat berkembang di Malaysia melancarkan fasa pertama pengalaman pembelian serba baharu dengan memperkenalkan rangkaian Pusat Jualan MyTukar di pusat membeli belah utama di sekitar Lembah Klang. Pengenalan Pusat Jualan myTukar ini turut disempurnakan dengan pelancaran laman web baharu myTukar yang kini menyokong pengalaman pembelian yang lebih mesra pelanggan dan telus sepenuhnya. Pelancaran Pusat Pengalaman Jualan myTukar serba baharu ini merupakan salah satu inisiatif dalam menawarkan pengalaman pemilikan kenderaan yang lengkap kepada semua pembeli kereta.

Mengulas mengenai pelancaran Pengalaman Pembelian Serba Baharu ini, Fong Hon Sum selaku CEO myTukar berkata, “Kami membawakan pengalaman pembelian kenderaan serba baharu buat pelanggan dengan kehadiran Pusat Pengalaman Jualan myTukar yang terletak di pusat membeli belah utama. Untuk meningkatkan lagi pengalaman pembelian di kalangan pelanggan kami, kami juga turut melancarkan laman web yang telah dikemaskini di mana pelanggan kami dapat menikmati perjalanan pemilikan kenderaan yang lengkap, telus dan mudah.”

“Ia dapat dibuat dengan lancar menerusi platform yang dipermudahkan oleh teknologi serta gabungan proses fizikal dan digital di dalam satu pusat sehenti di mana pelanggan boleh melakukan proses trade-in, membeli kenderaan terpakai baru dan menghantarnya – semua di dalam satu lokasi. Konsep inovatif ini merupakan satu pencapaian di dalam industri kereta terpakai dan bakal diperluaskan ke seluruh negara pada masa akan datang, sekaligus menyokong pertumbuhan industri kenderaan terpakai. Pengalaman Pembelian Serba Baharu yang dilancarkan hari ini melengkapkan lagi kolaborasi penting dengan rakan seperti Sime Darby Auto Selection, DRB-HICOM dan rakan pengedar bertauliah.”

Pusat Jualan myTukar terletak di pusat membeli belah utama bagi memudahkan urusan pelanggan dan keluarga mereka. Pelanggan boleh mendapatkan paparan 360 darjah bagi setiap kereta yang sedia untuk dijual menerusi skrin sesentuh berdefinisi tinggi (HD) yang disediakan di kiosk yang selesa. Pelanggan juga boleh membuat proses trade-in, dan membenarkan kereta mereka untuk diperiksa sementara mengambil peluang melihat kenderaan terpakai baharu yang berpotensi untuk dipandu uji. Semua ini boleh dilakukan ketika ahli keluarga menikmati kemudahan yang tersedia di pusat membeli belah.

Setiap kereta baru yang dijual menerusi myTukar didatangkan dengan jaminan wang dikembalikan dalam tempoh lima hari, jaminan satu tahun serta meterai jaminan kualiti daripada myTukar. Para pelanggan tidak perlu risau dengan kualiti kereta yang ditawarkan oleh myTukar yang menjalani tiga pusingan pemeriksaan Kawalan Kualiti (QC) dan pemeriksaan 123 poin. Selain daripada itu, setiap kenderaan dijamin bebas daripada kemalangan besar, bacaan odometer yang tidak diusik serta tidak pernah terlibat di dalam insiden banjir. Pelanggan juga boleh mendapatkan pra-pemeriksaan pinjaman di mana-mana Pusat Jualan myTukar yang membolehkan mereka mendapat pembiayaan, membeli atau memperbaharui insurans kenderaan secara terus, serta mendapatkan sebut harga yang kompetitif daripada rakan insurans myTukar.

Pusat Jualan Baharu myTukar kini boleh dilawati di Paradigm Mall, Petaling Jaya; One Utama, Petaling Jaya; dan MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut berkenaan pengalaman jualan baharu myTukar, sila layari www.myTukar.com atau dengan menghubungi 1800-22-5599.

Previous Post

Litar Bertaraf Antarabangsa Bakal Dibina Di Langkawi

Next Post

Jualan Perodua Melonjak, 4,345 Ativa Dihantar Dalam Masa Kurang 30 Hari

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved