Setelah bertahun-tahun Volkswagen membangunkan generasi baharu T7 dan akhirnya, ia telah dilancarkan secara rasmi. Buat pertama kalinya, multivan didatangkan dengan powertrain hybrid plug-in yang boleh digelar sebagai eHybrid; gabungan enjin TSI 1.4 liter dengan motor elektrik 85kW untuk menjana 215hp (160kW).
Seunit bateri litium-ion 13-kW-jam telah diletakkan di bawah lantai van dengan slot pengecasan di sebelah kanan. Buat masa ini, Volkswagen belum lagi mengemukakan sebarang statistik elektrik tetapi memaklumkan bahawa multivan ini sesuai untuk perjalanan singkat di bandar. Kuasa eHybrid dikendalikan secara eksklusif oleh transmisi DSG 6-kelajuan.
Volkswagen terus menawarkan daya pembakaran internal yang asli. Pembeli boleh memilih di antara mill TSI caj turbo 1.5 liter yang menghasilkan 134hp (100 kW) atau enjin TSI caj turbo 2.0 liter yang menghasilkan 201hp (150kW). Kedua-dua enjin membakar gasolin. Bagaimanapun, turbo diesel 4-silinder dengan 148hp (110kW) akan ditawarkan bermula tahun hadapan. Buat masa sekarang, multivan T7 ini didatangkan hanya dengan transmisi DSG 7-kelajuan.
Bersesuaian dengan nama sebagai sebuah multivan, ia lebih lebar dan besar berbanding model sebelumnya. Ruang letak barang berkeluasan 143 kaki kubik (4,053 liter). Selain itu, sistem tempat duduk modular baharu dengan tempat duduk belakang perseorangan yang boleh dilaraskan serta ditanggalkan.
Bahagian interiornya pula tampil lebih segar dengan barisan tempat duduk kedua boleh diputarkan sehingga 180 darjah seperti ruang untuk bersidang. Begitu juga dengan meja modular dengan pelbagai fungsi yang boleh ditolak ke tepi atau mana-mana yang anda mahu.
Selain itu, bahagian kabin pula tampil lebih ringkas dengan sentuhan teknologi. Standard infotainment Volkswagen yang dipanggil sebagai Ready 2 Discover dan We Connect yang membantu pengguna sekiranya berlaku kecemasan dan segala status terkini kenderaan.
We Connect Plus adalah percuma untuk tiga tahun yang menyambungkan pengguna dengan pelbagai servis seperti navigasi, laporan trafik dan banyak lagi. Sistem bunyi pula dilengkapi dengan 14 speaker Harmon Kardon dan lebih menarik lagi, slot pengecasan untuk pelbagai peranti mudah ditemui di dalam multivan T7 ini.
Sumber : motor1