Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

MR KRABS

Saiful by Saiful
20/11/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Tidak seperti sebelumnya, kebanyakan model baru keluaran Honda datang dengan pendekatan yang sangat berbeza dari ritma kebiasaan. Paling ketara rekaan agresif pada keluarga Civic generasi X, yang mungkin tidak kena dengan selera kebanyakan. Yang sedan tak macam sedan. Sementara hatchback, hanya ditawarkan untuk varian tertinggi Type R.

Perbezaan antara keduanya membentuk jurang kepada peminat modifikasi tempatan, untuk menghasilkan sesuatu yang menarik. Dibantu lambakan komponen berprestasi yang semakin banyak, memang lagi meriahlah jadinya. Salah sebuah yang boleh dikongsikan adalah kereta milik Chuan ini, yang sanggup berbelanja besar untuk kepuasan diri.

Penampilan luaran tampak lebih radikal, hasil penggunaan bumper depan Civic FK4 Si serta sepasang fender kustom. Sebagai daya penyeri, sebahagian komponen lain menggunakan aksesori kemasan gentian karbon seperti hood Seibon MR-Style, gril depan Seibon CV-Style, spoiler GT Varis, lip depan, vent udara tambahan, penutup cermin sisi, pemegang pintu, serta diffuser sisi dan belakang. Identiti lampu belakang yang macam sepit ketam telah digantikan dengan lampu LED aftermarket, termasuk penggunaan lampu utama CoPlus J’s Racing.

Bahagian roda menempatkan rim Volk Racing CE28SL dan dipadankan dengan tayar Yokohama Advan Neova AD08R bersaiz 235/40ZR-18. Di sebalik rim tersebut tersemat kuasa hentian yang amat mengujakan, bermula dengan kit AP Racing CP9660 di bahagian depan, serta kit AP Racing CP9450 untuk belakang. Sebagai tambahan, sistem e-brek juga telah dipertingkatkan menerusi padanan kit rekaan Belfe.

Binaan sistem gantungan juga tidak kurang hebatnya. Set suspensi boleh laras Tein Flex Z yang digunakan, kini dihubung terus kepada sistem pelarasan Tein EDFC Active Pro yang sangat maju. Hampir keseluruhan komponen berkaitan juga telah dinaik taraf seperti penggunaan bar anti roll, link penstabil, spacer RCA, kit camber dan toe rekaan Hard Race, pin rigid collar Spoon, serta bar strut dari Cusco.

Sesuai dengan trend semasa, Honda telah mengambil keputusan untuk mengecilkan jumlah isipadu enjin bagi sebahagian besar model keluaran mereka. Satu daripadanya adalah kereta ini yang kini ditawarkan dengan enjin L15B7 VTEC dengan sistem pengecas turbo. Dulu macam tak caya enjin 1500cc ni boleh heret badan Civic. Tapi lepas disumbat pada model CRV dan Accord, baru nampak potensinya yang sebenar.

Walaupun boleh menghasilkan kuasa sekitar 200hp dengan proses talaan, Chuan mahukan lebih dari itu. Tanpa rasa bersalah, unit turbo MHI TD03 asal telah digantikan dengan kit turbo W1 rekaan 27WON Performance. Tak pernah dengor? Sama ler kita. Memastikan prestasinya kekal di tahap optimum, beberapa komponen lain perlu diganti sama. Antaranya penggunaan kit kemasukan udara Mishimoto, intercooler dan paip sambungan Mishimoto, serta injap diverter Forged.

Satu lagi komponen penggalak kuasa yang dipasang adalah kit suntikan water-methanol Snow Performance, yang mampu mengurangkan suhu enjin serta menghalang situasi letusan pra matang. Kuasa cucuhan dibantu pek koil Ignition Projects, manakala pemetaan ECU dibuat menggunakan perisian Hondata FlashPro.

Jangkaan bahagian dalamnya tidak berubah ternyata meleset. Sebaik pintunya dibuka, tersergam sepasang tempat duduk Recaro Sportster yang masih bau kedai. Nak tumpang duduk pun segan. Tambahan aksesori lain meliputi unit stereng gentian karbon, trim suis pintu gentian karbon, tuas pedal shift Savanini, serta penambahan gajet-gajet penting seperti gugusan meter Defi Advance A1, meter PSI Snow Performance, unit kawalan Tein EDFC, serta unit paparan digital CAG.

Istilah kereta baru bukan penghalang kepada peminat modifikasi untuk mencari kepuasan. Penghasilan komponen berprestasi oleh tuner-tuner terkenal, sangat membantu dalam hal ini. Tengoklah sikit hari lagi. Lebih banyak modifikasi menarik bakal disajikan pemiliknya selepas ini…

 

Spesifikasi

  • Nama – Chuan Tan
  • Pengeluar – Honda
  • Model – Civic FC1
  • Tahun – 2018
  • Enjin asal – L15B7 VTEC Turbo
  • Modifikasi enjin – Kit turbo W1 27WON Performance, kit kemasukan udara Mishimoto, intercooler & paip sambungan Mishimoto, injap diverter Forged, kit water-methanol Snow Performance, pek koil Ignition Projects, Hondata FlashPro, kit penyejuk minyak & CVT Pentagon, termostat J’s Racing
  • Transmisi – CVT
  • Ekzos – Downpipe Pentagon, kit ekzos Vibrant Performance
  • Luaran – Bumper depan Civic FK4 Si, fender kustom, aksesori gentian karbon – hood Seibon MR-Style, gril depan Seibon CV-Style, spoiler GT Varis, lip depan, vent udara tambahan, penutup cermin sisi, pemegang pintu, diffuser sisi & belakang, lampu belakang LED aftermarket, lampu utama CoPlus J’s Racing, pelindung enjin Exalt Automotive, cermin sisi HydroBlue Exalt Automotive
  • Suspensi – Tein Flex Z & Tein EDFC Active Pro
  • Brek – AP Racing CP9660 (depan), AP Racing CP9450 (belakang), kit e-brek Belfe
  • Rim & Tayar – Volk Racing CE28SL 18-inci & Yokohama Advan Neova AD08R 235/40ZR-18
  • Dalaman – Tempat duduk Recaro Sportster, stereng gentian karbon, trim suis pintu gentian karbon, tuas pedal shift Savanini, meter Defi Advance A1, meter PSI Snow Performance, pengawal Tein EDFC, paparan digital CAG
  • Bengkel – KM Auto Haus, Pentagon Racing

 

 

 

Previous Post

Perodua kembali ke Hospital Selayang Sumbang peralatan, perbaharui ruang bermain kanak-kanak

Next Post

PANDEM LELUMBA

KATEGORI

  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW

POPULAR

  • HONDA JAZZ GK5 BUKAN BESHE BESHE…
  • Lexus LM 350 Dilancarkan Di Malaysia
  • SATRIA GTI R3 4G63 EVOLUSI GTi
  • MITSUBISHI LANCER EVO X
  • HONDA CIVIC K24
  • Sambutan Ulang Tahun Pertama VKC Yang Tertunda
  • KAPTEN EVO
  • MYVI BOON JDM BOON JADIAN
  • COME OUT & PLAY
  • AIRWALKER

CAPAIAN

  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
  • RSS - Posts
  • RSS - Comments
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved