Kalau Dapat Macam Ni, Kompem Abang Seorang Yang Sangat Setia!
Mitsubishi Evolution menjadi permainan yang sangat rancak menjelang tahun 2014 sehingga sekarang kalau tak silap. Masa tu Din BFG dengan geng-geng Johor pun baru nak upgrade dari main Lancer ke Evo ori. Tapi bagusnya, satu Malaysia main Evo tak de sorang pun jadi lawan tapi jadi kawan dan siap boleh anjurkan Evo Day! Salute la korang semua. Jemput pulak kawan-kawan Evo dari Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia pun ada datang kalau tak silap.
Masa tu juga Evo Wagon mula muncul satu persatu. Memang boleh dikatakan rare Wagon ni disebabkan hanya beberapa orang sahaja yang pakai itupun susah nak nampak mereka pandu atas jalan. Mungkin takut kena ‘offer’ dengan peminat kental Mitsubishi barangkali.
Walaupun jentera ini tidak diubahsuai begitu ekstrem oleh si pemilik, namun ianya memiliki ciri-ciri yang mampu menarik perhatian. Nadi 4G63T jentera ini didatangkan dengan sistem transmisi 5 kelajuan automatik, namun mampu menghasilkan kuasa luar biasa jika benar-benar ditekan oleh pemandunya. Untuk sedikit upgrade, ianya dipasangkan dengan sistem penyerap hentak boleh laras Tein Flex keseluruhannya untuk keselesaan dan juga tahap kestabilan yang lebih cantik bila duduk di atas jalan raya.
Rim Advan RCII yang dibaluti tayar Westlake Sport RS akan memastikan cengkaman ke atas permukaan jalan raya lebih dipercayai lebih-lebih lagi jika membawa muatan yang lebih. Maklumlah, nama pun Wagon, mestilah owner akan bawak macam-macam harta karun menggunakan jentera ini. Bahagian dalam jentera ini masih lagi kekal dengan perkakasan asal akan tetapi, sedikit keceriaan ditampilkan dengan penggunaan beberapa meter Defi dan juga meter ‘boost’ Apexi yang dilekatkan pada bahagian papan pemuka.
Penampilan luar tampak lebih bergaya dengan padanan lips hadapan milik Evo 9 MR dan juga ‘diffuser’ belakang dari Voltex. Simple je, kan? Tapi mampu meruntuhkan iman ramai umat manusia lain…
Spesifikasi
Kereta : Mitsubishi Evolution IX WAGON CT9W
Modifikasi Enjin : Enjin 4G63T, Enjin stok, Works Open pod air filter, exhaust FGK
Transmisi / Gearbox : Automatik 5 Speed
Elektronik / ECU : Stok
Suspensi & Cesi : Tein Flex
Brek : Brembo Original Evo 9
Roda & Tayar : Rim Advan RCII, tayar Westlake Sport RS Semi Slick
Dalaman : Original Defi Oil Temp, Oil Press and Water Temp, Apexi EL Boost Meter
Luaran : Evo 9 MR Front Lips, Voltex Rear Diffuser
Bengkel & Tuner : 199 Garage & Garage R