Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

ABAS ART

Saiful by Saiful
15/04/2019
in MODIFIKASI, UTAMA

Ada masanya, kita mungkin mengimpikan sesuatu di luar kemampuan sebenar. Fitrahnya begitu. Sama ada ia mampu digapai, semuanya bergantung kepada ketentuan masing-masing. Tapi jangan tak usaha pulak. Andai kata gagal juga, mungkin ada alternatif lain yang boleh difikirkan.

Contohnya kaki Wira bikin. Rata-rata kalau ditanya, impian mereka sudah tentu mahu memiliki model Evo yang sebenar. Lagi-lagi siri Evo I-III yang mana nilai semasanya, sama dengan sebuah Evo VII. Langsung tak masuk akal dan andai mampu sekali pun, belum tentu boleh pakai kalau takde yang jual.

Mujur dunia modifikasi banyak mengajar kita untuk jadi lebih kreatif. Selain Wira tempatan, satu lagi pilihan yang boleh difikirkan adalah model Lancer CB yang memiliki sifat paling hampir dengan siri Evo I-III sebenar. Modal pun tak keras sangat. Paling penting tak rasa seram sejuk bila ada yang tegur.

Abas antara yang berpeluang memiliki model Lancer terhangat ini. Buat permulaan, bahagian luar telah dipadankan dengan kit badan lengkap Evo III termasuk unit sunroof pada bumbung. Nak nampak bukan beshe-beshe, ia turut mengenakan komponen aksesori dari tuner terpilih. Antaranya fender gentian karbon Full Blast, cermin sisi gentian karbon Ganador, serta hood dan bonet gentian karbon Type S. Lain-lain aksesori yang turut membantu adalah spoiler GT ala Voltex, lip depan ala Rocket Bunny, juga lampu belakang kristal yang makin mencanak.

Bahagian roda mempertaruhkan set rim Volk Racing TE37 berukuran 17-inci, yang dibalut pada tayar Federal RSR bersaiz 235/40R-17. Memastikan tahap pengendalian lebih baik, sistem gantungan kini dibantu set suspensi boleh laras Tein Super Street. Sementara kuasa hentian menggunakan kit brek Brembo Evo VI, lengkap dengan rotor dari Endless.

Bagi mengelak dimalukan kelompok Wira laju, sesuatu perlu dilakukan ke atas enjin kereta ini. Mujur ia boleh menggunakan enjin 2.0-liter tanpa perlu bersusah payah. Untuk itu, Abas telah memilih enjin 4G63T Evo III sebagai tonggak kuasa barunya.

Salinan enjin ini diberi beberapa komponen tingkat kuasa yang bersesuaian, seperti set piston Wiseco, conrod Duratec, serta galas enjin King Bearing. Bahagian kepala silinder pula menerima sepasang camshaft Jun 272°. Untuk memudahkan talaan pemasaan, ia kemudian dihubungkan kepada set cam gear rekaan kustom.

Sistem pendesak menggunakan turbo TD05H 20G, sambil dibantu beberapa komponen lain. Antaranya wastegate Tial 38mm, intercooler GReddy, paip intercooler kustom, serta injap pelepas juga dari Tial. Jumlah boost yang diperlukan seterusnya dibawa melalui unit throttle body Super90.

Keperluan bahan api dihantar oleh pam petrol Walbro, sambil dikawal regulator FSE. Membolehkan kabel pencucuh NGK R09 menghasilkan letusan yang sempurna, kotak ECU asal telah ditala menggunakan unit Apexi SAFC Imamura.

Hantaran kuasa disambut kotak gear Evo III yang dilapik set klac plet berkembar Quarter Master. Akhir sekali penggunaan sistem pacuan AWD Evo III sepenuhnya, yang boleh mengundang keriangan semasa pecutan.

Ruang dalam menerima salinan komponen milik Evo III, khasnya di bahagian papan pemuka dan panel pintu. Juga disediakan rangkaian aksesori seperti panel dashboard gentian karbon, tempat duduk Recaro TME, meter tambahan Defi, serta karpet dan tombol gear RalliArt. Paling tahyul adalah stereng RalliArt versi 4 kalong, yang boleh digadai untuk kawin sorang lagi…

 

 

Previous Post

XMAN EKZOS, JENAMA TERKINI UNTUK SISTEM EKZOS ANDA

Next Post

BOTZILLA

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved