Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

MITSUBISHI TRITON STREET MOD

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
10/09/2014
in MODIFIKASI, UTAMA

Trend mengubah suai trak pikap di Malaysia sebenarnya tidak begitu popular berbanding negara jiran seperti Thailand.

Trak pikap sebenarnya sudah dijadikan bahan modifikasi sejak dulu lagi dan cukup popular di negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Australia. Trak pikap di sana mempunyai pelbagai bentuk dan saiz. Paling popular untuk dijadikan bahan modifikasi ialah trak pikap mini atau mini truck. Trak mini ini merujuk kepada pikap yang berlantai rendah dan bersaiz kecil.

Trak pikap di Malaysia hanya boleh didaftarkan atas nama persendirian bermula pada penghujung tahun 1990-an. Sejak itu, semakin ramai rakyat Malaysia terutama yang bermastautin di Semenanjung mula menggunakan trak pikap sebagai kenderaan harian mereka. Walaupun mereka bukan seorang kontraktor atau pekerja ladang kelapa sawit.

Kebanyakan trak pikap yang saya jumpa biasanya diubah suai untuk kegunaan off-road. Bukannya untuk street mod macam apa yang dibuat di luar negara. Segala-galanya berubah apabila kami berjumpa dengan Mitsubishi Triton hitam ni. Reaksi kami hanya satu – Wow!

Pemiliknya, Azli ialah seorang ahli perniagaan. Kenderaan bernadikan enjin disel ialah pilihan yang terbaik kerana ia jimat dan selesa. Jadi tidak hairanlah kalau Azli memilih Mitsubishi Triton sebagai kenderaan hariannya.

Dikuasakan enjin enjin 4D56 2.5 liter turbo disel, enjin itu mampu menghasilkan 134hp dan tork 320Nm dalam keadaan standard. Enjin diesel yang dimiliki oleh Triton adalah antara yang paling berkuasa tinggi di pasaran Malaysia.

Walaupun angka itu nampak kecil oleh pengguna kereta berenjin turbo petrol, anda kena faham bahawa enjin turbo diesel direka untuk mendapat kuasa tork yang maksimum pada rpm rendah.

Berbalik kepada projek modifikasi Azli. Macam biasa, ubah suai yang pertama dilakukan ialah pada bahagian enjin. Tidak ramai orang yang cukup pakar mengubah suai enjin turbo diesel, jadi ini boleh dijadikan contoh apa yang boleh buat dengan trak pikap anda.

Enjin ni mengekalkan turbo asalnya tapi ditambah dengan wastegate jenis external Turbosmart 38mm. Sebuah injap blow-off HKS Black Edition kemudian dipasang atas paip-paip intercooler buatan custom. Intercooler asal pula diganti dengan intercooler HKS jenis front mount yang kini sudah jadi sebahagian daripada bampar depan.

Tahap boost enjin dikawal oleh pengawal boost elektronik Potent. Untuk throttle body kawalan elektronik enjin, Azli menggunakan pengawal throttle jenama Firepower. Sebuah perangkap pelincir Cusco turut dipasang bagi menaikkan lagi seri enjin dan turut bertindak mengumpul lebihan minyak kotor daripada memasuki semula ke ruang inlet manifold.

Agak menarik Triton pilihan Azli ialah versi transmisi manual. Masksudnya, jentera ini mampu menerima lonjakan kuasa lebih tinggi tanpa masalah. Justeru, Azli telah menggantikan klac asal dengan klac jenis heavy duty.

Walaupun Triton dioptimumkan untuk kegunaan off-road, tapi ini tak menghalang Azli mentransformasi Triton miliknya menjadi sebuah street rod. Pernah tengok Triton lowered? Ini kali pertama saya tengok.

Triton ni direndahkan dengan menggunakan penyerap hentak boleh laras Tein. Sebuah sway bar daripada Apache dan di belakang, satu set adaptor khas dipasang bagi mendapat tahap kerendahan yang diperlukan. Sepasang bar custom juga dipasang di bahagian belakang flat bed bagi membantu mengurangkan rasa membuai yang cukup sinonim dengan sebuah trak pikap.

Untuk menambahkan ‘bling’, Azli memilih satu set rim aloi bersalut krom daripada Raguna berdiameter 20 inci. Rim 20 inci ini dibalut dengan tayar untuk kegunaan jalan biasa daripada Toyo yang bersaiz 265/50/20.

Melihat ruang kabinnya, Triton ini mengekalkan kebanyakan peralatan asalnya. Tetapi kalau tengok pada papan pemuka, memang penuh dengan gajet. Antara gajet yang boleh dilihat ialah turbo timer HKS serta alat pengawal boost dan throttle. Di bahagian cermin depannya, tersusun satu set meter tambahan daripada Defi. Tombol-tombol gearnya diganti dengan tombol RalliArt.

Di bahagian luar, Triton ini menggunakan bumpar belakang rekaan custom yang memberi ilusi bahawa ekzosnya keluar dari situ. Sebenarnya, ekzos Triton ini ialah rekaan custom saluran terus yang keluar dari sisi kenderaan, ala-ala hot rod gitu… Triton ini dicat hitam dan paling menarik ialah flat bed dicat dengan warna oren terang.

Ubah suai Triton ini sebenarnya masih boleh dianggap mudah berbanding dengan apa yang dilakukan pada trak pikap di luar negara. Saya nak tunggu kategori turbo diesel berentap dalam Sepang Drag Challenge satu hari nanti. Stim juga tengok enjin turbo diesel berentap, berkepul-kepul asap hitam keluar!

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

TOYOTA COROLLA LIFTBACK TE71

Next Post

NISSAN CEFIRO ENJIN RB25DET

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved