Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

MITSUBISHI RVR JDM EVO 3!

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
18/05/2016
in MODIFIKASI, UTAMA

Model tahun 1990-an, SUV apa yang ada? CRV? Jimny? Rav4 atau SUV off-road yang lebih terkenal seperti Land Cruiser dan Pajero?

Mitsubishi RVR pasarannya mungkin dalam kategori Pajero Mini. Tetapi apa yang lebih unik ialah konfigurasi 3 pintunya dengan pintu belakang dibuka dengan cara gelungsur macam MPV.

Bayangkan teknologi dan kreatifnya pereka Mitsubishi era itu. Di luar Jepun, ia dianggap aneh. Tapi untuk pasaran JDM, kereta-kereta macam ini bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Di sebuah negara yang tanahnya sangat mahal dan setiap ruang dihargai, idea ini diterjemahkan pada kereta-kereta mereka. Sebab itu kalau nak bandingkan ruang per-liter dengan kereta-kereta bukan Jepun, nescaya kereta Jepun menang dalam segenap segi.

Baiklah, selepas berbelas tahun di pasaran, apa yang boleh diharap pada SUV kecil ini? Apa lagi, modifikasi lah. Seperti kebanyakan kereta Jepun dalam era tersebut, perkongsian casis adalah benda biasa.

Itu berita baik pada zaman orang nak kereta JDM yang laju. Kereta moden sekarang semua lemau, lembik kemain.

Kereta ini bukan sahaja susah nak cari. Malah di Malaysia ia jatuh dalam kategori rare untuk dibeli. Kebanyakan yang pandu dah tak mau jual, simpan untuk anak cucu sebab kalau dijual, nak ganti dengan kereta apa pun tak tau.

Brader yang merupakan pomen RVR/Space Wagon terkenal ini katanya antara yang terawal memiliki kereta ini. Enjin kebangsaaan peminat kereta laju di Malaysia iaitu 4G63 jadi pilihan. enjin daripada half-cut Evo 3 itu boleh dikatakan disalin terus tanpa pengubahsuaian.

Beberapa sentuhan kecil dibuat dengan memasang blow-off Blitz dan penapis udara HKS Power Flow. Ruang enjin RVR ngam-ngam masuk 4G63. Enjin ini nampak ‘lega’ sebab asalnya spec tinggi RVR ada intercooler di atas rocker.

Peralatan bolt on lain ialah sepasang cam pulley custom, wastegate Tial 38mm dan set lengkap ekzos N1. ECU asal dipetakan semula. Satu unit bypass program dibuat dengan memasang Greddy E-Manage.

Sistem transmisi di Jepun ialah 4WD. Jadi, salin balik ke RVR adalah jalan selamat sebab casisnya memang direka untuk menerima gandar pacuan belakang. Brader ini kemaskan lagi dengan padanan klac Exedy 4. Sebelum saya lupa, kereta ini rupa-rupanya ada set LSD untuk roda depan dan belakang.

Memang laju kalau enjin 4G63. SUV ini pula kurang berapa ratus kilo lagi. Aspek power to weight ratio boleh kata terbaik juga. Tapi masalahnya bila nisbah berat itu membebankan sistem brek asal.

Untuk dapatkan brek yang bagus, set 4 pot depan dan 2 pot belakang dari model GTO digunakan. Set suspensi disalin terus dari model RVR turbo Nihon ney!

Kalau anda suka perhati ruang dalaman kereta Jepun, memang ia seragam ikut era automotif tak kiralah jenama apa pun. Tengok pada papan RVR boleh bagitahu kita garis masa kereta ini dikeluarkan.

Tema, kontur dan penggunaan skema warna kelabu satu nada itu sesuatu yang diterima secara menyeluruh dalam industri kereta Jepun. Untuk mencantikkan lagi dalamannya, sepasang kerusi Recaro Evo 2 dipasangkan.

Kerusi belakang pun sebenarnya Recaro versi JDM untuk model RVR Turbo. Akseosri lain yang digunakan ialah boost meter APEXI, Timer HKS dan stereng Evo 4.

Bahagian kosmetik adalah salinan terus parts dari RVR turbo. Tak payah nak mengada nak buat lain dari yang lain dengan kit fibre lah, pelik-pelik kau ni.

Tak lama dulu pernah juga saya cari Mercedes oldskool W108. Sekali terjumpa di Klang dengan bodykit fibre macam nak masuk autoshow. Padahal kereta tu kalau ori bukan mahal lagi sekarang harganya. Tapi depan body fibre dah nampak macam jerangkung, sapa nak beli?

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

NISSAN SENTRA B13 TEKSI GENTING

Next Post

TOYOTA KE70 POTONG BUMBUNG

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved