Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Mitsubishi Outlander 2022 Dilancarkan Secara Rasmi

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
18/02/2021
in BULETIN, UTAMA

Mitsubishi Outlander baharu dilancarkan secara rasmi melalui platform penstriman Amazon Live dengan mengetengahkan konsep produk ‘I-Fu-Do-Do’ yang membawa maksud ketulenan dan kemegahan dalam bahasa Jepun. Jentera terbaharu itu dibangunkan berdasarkan platform Nissan Rogue bakal memasuki pasaran Amerika Syarikat (AS) pada bulan April nanti.

Di pasaran negara terbabit, Mitsubishi Outlander 2022 ditawarkan pada harga bermula dari AS$25,795 (RM104,167) dengan pilihan lapan warna menarik. Ia dijangka akan memberi saingan sengit kepada model Nissan Rogue, Toyota RAV4 dan Honda CR-V. Bahkan, Mitsubishi Outlander itu didatangkan dengan dimensi yang lebih berbanding model terdahulu dalam memberi keselesaan kepada pemandu dan penumpang.

Didatangkan dengan ukuran panjang 4,790 mm, lebar 1,862 mm dan ketinggian 1,748 mm manakala jarak antara roda pula dipanjangkan kepada 2,705 mm. Panjang ruang kargo pula menyaksikan penambahan kepada 2,040 mm berbanding 1,687 mm model terdahulu. Dari segi rekaan, ia merupakan model pertama menampilkan interpretasi baharu Dynamic Front Shield yang diinspirasikan daripada dua model Mitsubishi pilihan ramai iaitu Pajero dan Evolution X.

Melihat di bahagian hadapan, barisan lampu tersusun kemas terdiri daripada lampu nyalaan siang LED di bahagian atas, lampu suluhan rendah dan tinggi di bahagian tengah serta lampu kabus di bahagian bawah. Lampu bahagian belakang pula menampilkan rekaan moden dan terkini dalam menterjemahkan sisi sporty jentera terbaharu itu manakala rekaan bahagian sisi tidak banyak beza berbanding Rogue.

Ruang dalaman, Mitsubishi Outlander masih lagi kenderaan di dalam segmennya menawarkan konfigurasi tiga baris tempat duduk sebagai standard malah didatangkan kemasan kulit dan bahan berkualiti tinggi. Ia turut dilengkapi dua skrin utama pada bahagian papan pemuka dengan skrin kluster instrumen berukuran 12.3 inci dan skrin tengah bersaiz 9.0 inci.

Antara ciri-ciri lain yang menarik termasuk butang kawalan untuk HVAC, 11 beg udara, slot pengecasan USB-A dan USB-C. Selain itu, ia menawarkan kawalan jelajah adaptif, bantuan kekal laluan, sistem navigasi, ciri paparan Head-Up, dan sistem audio Bose dengan 10 pembesar suara.

Mitsubishi Outlander mendapat khidmat enjin 2.5 liter PR25DD yang mampu menjana kuasa181 hp dan tork 245 Nm dipadankan transmisi CVT lapan kelajuan. Jentera terbaharu itu menawarkan enam mod pemanduan iaitu Normal, Eco, Tarmac, Gravel, Snow, dan Mud. SUV kompak terbaharu itu bukan hanya penting kepada pengeluar Mitsubishi tetapi bagi rakan sekutu Nissan yang memiliki pegangan saham sebanyak 34 peratus dalam syarikat terbabit.

Ia berikutan pada tahun 2020 penjualan menguncup sebanyak 27 peratus berbanding tahun sebelumnya di pasaran Amerika Utara. – carscoops

Sumber : Mekanika

Previous Post

Empat Barisan Edisi Hitam Istimewa Dilancarkan, Harga Bermula Dari RM42,300

Next Post

Perodua D55L, Kini Dibuka Untuk Tempahan

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved