MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA (MMM), pengedar sah kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia melangkah setapak ke hadapan dengan membawa pengalaman membeli secara atas talian ke satu tahap lebih tinggi dengan pelancaran perkhidmatan penghantaran ke rumah atau Home Delivery Service. Bermula dari hari ini, para pelanggan di Lembah Klang mempunyai pilihan cara penghantaran kenderaan Mitsubishi baharu ke rumah mereka menggunakan single car carrier.
Ekorang perang mengatasi pandemik Covid-19 masih lagi diteruskan, syarikat ini menjadi jenama pertama di Malaysia yang menawarkan pembelian secara atas talian menerusi Virtual Viewing, Test Drive 2U, Booking Assist sehinggalah Home Delivery.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi, sebagai persediaan peralihan Malaysia dari pandemik Covid-19 kepada fasa endemik, Mitsubishi Motors mengambil langkah untuk memastikan perkhidmatan digital terus dipertingkatkan demi keselamatan dan kemudahan para pelanggan.
Tomoyuki Shinnishi berkata lagi, syarikat MMM ingin menyediakan pilihan kepada para pelanggan untuk membeli menggunakan kedai atas talian, menawarkan pemilikan kereta yang tidak terikat dengan cara ortodoks. Selain itu, MMM turut menyediakan servis digital satu hentian untuk melihat kereta secara 360 darjah menerusi bilik pameran virtual, membuat tempahan Test Drive 2U, memeriksa proses akhir pembelian secara atas talian seperti tempahan dan begitu juga jual beli secara trade-in serta penghantaran kereta terus di hadapan pintu rumah.
Perkhidmatan ini akan dimulakan di kawasan Lembah Klang dan bakal diikuti di negeri-negeri lain di masa akan datang. Perkhidmatan ini pula hanya disediakan untuk para pelanggan yang berjaya menempah dan mendaftar secara atas talian menggunakan platform Mitsubishi Online Service platform: https://www.mitsubishi-motors.com.my/onlineshowroom/ bermula dari sekarang sehingga 31 Disember 2021.
Para pelanggan yang menempah dan mendaftar Mitsubishi Triton dengan kod promo 4SUREBELI menerusi Mitsubishi Online Showroom akan menerima jaket North Face edisi terhad.