Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

MERCEDES-BENZ W115 KLASIK

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
30/01/2014
in MODIFIKASI, UTAMA

MERCEDES-BENZ W115 KLASIK

Ini ialah kereta moden pada zamannya selepas Perang Dunia Kedua, ibarat Corolla atau Civic di Jepun. 115 (dan 114 coupe) ialah kereta produksi massa yang telah mengubah wajah Mercedes-Benz pada hari ni. Maksudnya, kalaulah 115 dan model gantiannya 123 tak laku, mungkin dah lama Mercedes-Benz bankrap.

Pada tahun 1968, Mercedes-Benz AG telah mengambil keputusan untuk membuat kereta secara serius bagi pasaran antarabangsa. Mereka memanggilnya ‘slash eight’ (/8) yang merujuk pada tahun bermulanya era moden Mercedes-Benz di pasaran dunia.

W115 ialah model serba baru dan tidak menggantikan mana-mana model dalam barisan pengeluaran. Format rekaan 3 kotak (3 boxes) juga adalah idea baharu pada masa itu. Citroen dengan Alfa masih sibuk dengan casis ladder dan monocoque yang pada ketika itu punyalah canggih dan rumit sekali untuk membuatnya.

Jurutera yang dilantik untuk projek ini ialah Paul Bracq. Dia mencurahkan beberapa teknologi baru seperti penggunaan semi trailling untuk lengan ayun suspensi belakang dan kendalian jenis ball joint di depan. Kalau anda nak tahu, lay-out ini digunakan pada semua barisan pengeluaran Mercedes-Benz sehinggalah ia digantikan dengan suspensi multilink pada 1980-an.

Kereta Mercedes-Benz W115 ini dimiliki oleh Abd Razak. Pakcik ini ialah peminat tegar Mercedes-Benz. Sebabnya, dari hari pertama memiliki kereta ini, niat asalnya nak buat semuanya dalam keadaan original.

Sebagaimana yang kita tahu, kebanyakan W115 yang ada di atas jalan dijadikan teksi. Jentera ini menggunakan enjin petrol asal M115 berkapasiti 2,000cc. Kena bagitahu kerana W115 kebanyakannya menggunakan enjin diesel OM625 dan OM616.

Enjin lama tak sama macam enjin moden sebab konfigurasinya ialah jenis OHV (Overhead valve) atau dikenali sebagai enjin push rod. Enjin baru semuanya Overhead camshaft senang cakap.

OHV ini aci sesondolnya dipasang dalam blok selinder yang biasanya sebelah atas crankshaft. Untuk menghentak injap kepada omboh, OHV menggunakan push rod. Lifter dan retainers dipasang di antara camshaft dan push rod tadi. Mekanikalnya hampir sama dengan OHV, tetapi putaran OHC lebih ringkas dan kurang komponen.

Walaupun sudah sama usia dengan saya, enjin ini nampaknya masih dapat berkhidmat dengan begitu cemerlang. Enjin otai ini dipadankan dengan kotak gear empat kelajuan.

Semua komponen bahagian mekanikal kereta diganti dan dipulihkan mengikut spesifikasi asal. Ini termasuklah penyerap hentak yang diganti baru. Naik kereta ini dalam keadaan direndahkan pun tidaklah sakit pinggang. Tempat duduk W115 ini siap ada spring lagi. Brek dan semua hos dan lining diganti baru dengan alat ganti asli.

Rim besi 14 inci digantikan dengan rim 15 inci tulen Mercedes-Benz lengkap dengan hub cap tengah yang dicat selari dengan warna badan. Abd Razak tidak sukakan rim berkilat-kilat atau atau olskul sebab dia juga guna kereta ini pergi masjid.

Abd Razak punya taste warna memang tak kalah. Warna merah Ferrari ini dari Jempol pun dah boleh nampak bila dia datang. Biasanya kereta sebegini masih OK lagi kondisi badannya. Cuma perlukan tukang cat yang mahir untuk buat undercoat dengan betul.

Paling seronok bila tengok bahagian dalaman kereta yang kemas dan selari temanya. Tidak ada meja VIP dengan botol kicap, rantai basikal atau dulang astro. Abd Razak memulihkan semula ruang dalaman kereta ini dengan balutan kulit baru, stereng olskul dan baunya pun memang aroma kereta-kereta lama.

SPESIFIKASI

      • Model: Mercedes-Benz W115 / 230
      • Enjin: M115, 2.0 liter 4 silinder, petrol, OHV
      • Kotak gear: Empat kelajuan
      • Suspensi: Original Mercedes-Benz W115
      • Rim: Original Mercedes-Benz dengan hub ori 15 inci
      • Tayar: Michelin 185/70/15
      • Dalaman: Full restored W115 standard kilang
      • Luaran: Full restored W115 standard kilang

 

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

 

 

Previous Post

SUBARU FORESTER T/TB

Next Post

PERODUA KANCIL L200S

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved