Baru-baru ini, Auto Express melaporkan Kia Eropah menyasarkan pengeluaran SUV untuk pasaran Amerika Syarikat dan sedang mengusahakan SUV elektrik kedua dengan menumpukan pengeluaran di Eropah.
Maklumat SUV ini agar terhad namun ianya bakal dinamakan samada sebagai EV7 atau EV8, manakala model yang akan dikeluarkan di pasaran Eropah pula dikenali sebagai EV4. Ia dikatakan bakal menyaingi para pesaingnya seperti Volvo C40 dan Mercedes-Benz EQA.
Menurut Auto Express, Kia EV4 akan menggunakan platform Electric-Global Modular Platform (E-GMP) sama seperti EV6, Hyundai Ioniq 5, dan Genesis GV60 dan dimensinya pula menyerupai Kia Sportage dengan spesifikasi Eropah.
EV4 dikatakan bakal menggunakan powertrain yang sama dengan EV6 yang menawarkan pek bateri 58 kWh dan 77.4 kWh. Penggunaan E-GMP sebagai platform bermaksud, EV4 menggunakan kejuruturaan elektronik 800-volt yang membolehkan pengecasan pantas 350 kW, yang membenarkan bateri 77.4 kWh dicaj dari 10 hingga 80 peratus dalam masa sesingkat 18 minit.
Kia akan menawarkan sekurang-kurangnya dua konfigurasi motor termasuk varian pacuan belakang tunggal dengan 226hp dan varian pacuan empat roda sehingga 321 hp. Dikatakan juga bahawa Kia bercadang untuk menjual 11 model elektrik yang terdiri dari 6 EV seperti EV6 dan 5 versi elektrik model ICE.
Sumber : carscoops