Sebanyak 2,000 unit sahaja yang dikeluarkan untuk SUV Proton X70 yang baru dilancarkan. Pengenalan model eksklusif ini adalah bagi memperkukuhkan lagi kedudukan dan dalam masa yang sama menjadi tarikan baharu SUV segmen-C paling laris di Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, edisi khas ini menambahkan lagi pilihan kepada pembeli yang disasarkan untuk peringkat atasan. Walaupun unit yang dikeluarkan terhad, ia dijangka mampu menarik minat pembeli kereta mewah yang mahu memiliki SUV pada harga mampu milik.
Bagi makluman, Proton X70 Edisi Khas ditawarkan dengan harga RM123,800 (tanpa insurans) dan boleh ditempah secara dalam talian dari harga serendah RM99. Beberapa ciri terbaharu ditawarkan termasuk warna baharu Ruby Red dan Ocean Blue. Selain itu, atap, spoiler belakang dan juga cermin pintu dilayangkan dengan warna hitam. Ini diikuti sport rim 19 inci dengan reka bentuk baharu. Lambang SE eksklusif juga dipasang pada bahagian belakang sebagai sentuhan terakhir.
Bahagian dalam juga tidak ketinggalan yang diserikan kemasan mewab berwarnah hitam. Tempat duduknya pula disarungkan dengan Nappa hitam yang lembut dan juga karpet khas SE yang baru. Proton X70 Edisi Khas ini turut dilengkapi Sistem Penulenan Udara Pintar Proton (P-IAPS) yang menggabungkan kebaikan Penapis Kabin N95 dan sistem pembersihan udara untuk menawarkan perlindungan terhadap pencemaran bawaan udara.
Manakala untuk keselamatan, Proton X70 ini dilengkapi dengan enam SRS beg udara dan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) yang menambah lapisan keselamatan aktif bagi mengurangkan risiko kemalangan, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) dan Kamera 360.
Sumber : Harian Metro