Bertempat di Padang Kawad UMSKAL Labuan telah berlangsungnya Meet & Greet Motocar 2022 yang diadakan sempena Tamu Gadang Konvensyen Universiti Malaysia Sabah (UMS). Diadakan pada 3 Disember lalu, pelbagai aktiviti turut disediakan pihak penganjur FSYM Auto Garage dengan kerjasama FNC Shop yang disokong oleh DMA Events.
Para peminat kereta tidak melepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan lagi penganjuran program ini yang menyediakan pelbagai kategori menarik yang bukan sahaja terhad kepada kereta, malah ada juga kategori disediakan untuk motor. Antara kategori utama yang disediakan termasuk Best JDM, Best MDM, Best Thailook KCar, Best Of The Best.
Selain itu, kategori terbuka untuk Best Simple Clean, Best Paint, Best Airsus, Best Sticker, Best Engine Bay, Best Stance diikuti beberapa kategori lain yang juga mendapat sambutan seperti Best Clean, Best Modified untuk motosikal. Oldskool, wagon, diesel dan sedan tidak dilupakan.
Antara kelab yang turun padang bagi memberikan sokongan sekali gus menghangatkan lagi program Meet & Greet Motocar 2022 ini ialah kelab LowProfilen dan Labuan Car Audio Blaster yang juga mengambil peluang menyertai beberapa kategori. Tahniah kepada semua peserta yang menghidupkan lagi suasana program ini khususnya kepada yang berjaya membawa pulang hadiah kemenangan!
Perkongsian : Salleh Turbokid