­
Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Mazda3 2023 Bakal Muncul Di Pasaran Di Penghujung Tahun Ini?

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
17/08/2022
in BULETIN, UTAMA

Saban hari, ada sahaja berita kemaskini tentang model-model yang bakal dikeluarkan untuk tahun 2023. Mazda tidak ketinggalan mengumumkan beberapa perubahan kepada Mazda3 keluarannya. Dilengkapi dengan enjin Skyactiv-G 2.5 liter (NA) yang kini mampu menghasilkan 191hp (142kW/194 PS) dan tork 186 lb-ft. Kira-kira meningkat sebanyak 5hp (4kW /5 PS), malah Mazda mengatakan prestasi yang dipertingkatkan ini tidak memerlukan gasolin premium.

Tambahan pula, enjin Skyactiv-G 2.5 liter ini turut dilengkapi dengan teknologi nyah-aktif silinder terkini agar lebih cekap khususnya dalam keadaan yang tertentu. Perubahan ini membolehkan model ini mengembalikan ekonomi bahan api EPA sehingga 28 mpg di bandar, 37 mpg di lebuhraya dan 31 mpg untuk kedua-duanya. Berbanding sedan Mazda3 2.5 2022 iaitu 26 mpg city, 35 mpg lebuh raya dan 30 mpg kedua-duanya.

Bagi level-entri Mazda3 2.0 Sedan, harganya dijangka bermula dari $21,150 (RM94,481.39) yang menampilkan enjin Skyactiv-G 2.0-liter, menghasilkan 155 hp (116 kW / 157 PS) dan tork 150 lb-ft (203 Nm). Model level entri untuk Mazda3 2.5 S, bermula dari $22,550 (RM100,727.15) untuk Sedan dan $23,550 (RM105,196.10) untuk hatchback. Peningkatan sekurang-kurangnya $450 (RM2,010.00) untuk kedua-dua model. Ini bermaksud, harga Mazda3 untuk tahun 2023 lebih tinggi berbanding model sebelumnya, tetapi para pelanggan dijanjikan dengan enjin yang jauh lebih berkuasa.

Selain itu, Mazda3 2.5 S Carbon Edition ditawarkan bersama all-wheel drive (AWD) di mana harganya bermula dari $27,200 (RM121,499.95) yang menampilkan eksterior Polymetal Gray dengan rim aloi 18-inci dan penutup cermin hitam berkilat. Tempat duduk bersarung kulit berwarna merah juga menjadi perhatian diikuti sistem audio premium 12 unit speaker berjenama Bose.

Manakala model Mazda3 2.5 S Premium turut dirombak sebagai model yang dilengkapi dengan transmisi automatik 6-kelajuan yang kini didatangkan sebagai standard dengan AWD. Pacuan tayar hadapan dan juga manual 6-kelajuan masih lagi disediakan untuk model Mazda3 2.5 S Premium Hatchback.

Mazda3 2.5 Turbo juga ditawarkan secara eksklusif sebagai Hatchback. Model yang berorientasikan prestasi ini mempunyai enjin Turbo Skyactiv-G 2.5 yang menghasilkan sehingga 250hp (186 kW / 253 PS) dan tork 320 lb-ft (433Nm) pada bahan api premium.

Menurut laporan Carscoops, Mazda3 2023 hatchback bakal tiba di wakil-wakil pengedar di US menjelang musim luruh dan sedan pula menyusul pada musim sejuk. Manakala untuk pasaran Malaysia menurut laporan dari portal Ccarprice.com, Mazda3 Sedan akan tiba di pasaran tempatan pada Disember 2022. Sama-sama kita nantikan kemunculannya!

Sumber : carscoops

Previous Post

Sebuah Modifikasi 992 Carrera GTS Yang Dilhamkan Dari Filem Pixar 'Car'

Next Post

Honda Malaysia Serah Unit Pertama Kepada Pemiliknya Dalam Sebuah Majlis Di Cheras

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved