Setelah kejayaan pelancaran All-New City generasi kelima, Honda Malaysia mengumumkan pula harga untuk All-New City RS e:HEV sekaligus mencatatkan sebagai negara pertama yang mendedahkan varian ini kepada dunia. Pengumuman ini juga dilihat sebagai pengukuhan kedudukan model ini sebagai kereta bukan nasional paling laris.
Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, En. Toichi Ishiyama, beliau berbesar hati untuk mengumumkan harga rasmi All-New City RS e:HEV iaitu pada RM105,950.45¹. Ia turut didatangkan pakej keseluruhan merangkumi segmen B, dilengkapi Next Generation Advanced Technology, Honda SENSING dan Honda Connect. Menampilkan ciri-ciri inovatif terkini dan eksterior lebih sporty.
Selain itu, beliau bagi pihak Honda Malaysia terharu dengan sokongan murni para pelanggan yang menempah varian RS e:HEV serta menunggu dengan sabar pengumuman harga rasmi. Setakat hari ini, sebanyak 20,000 telah ditempat dan lebih 13,100 unit All-New City telah diserahkan kepada pemiliknya sejak dirasmikan.
Tambah En. Ishiyama lagi, Honda kekal menggungguli segmen Bukan Kereta Nasional selama 6 tahun berturut-turut pada penghujung tahun lalu dan penyumbang terbesar di atas kecemerlangan ini adalah kereta All-New City yang sentiasa mendapat tempat di hati para peminat kereta di Malaysia terutama sekali pakej dan harga yang ditawarkan.
Bagi makluman, varian All-New City RS e:HEV menjadi model pertama yang dilengkapi dengan teknologi inovatif Honda CONNECT yang menggunakan Teknologi Telematiks pintar untuk membawa ketersambungan ke satu aras lebih baru kepada pengguna kereta keluaran Honda. Sistem komunikasi yang disepadukan dan terkini ini boleh didapati dan berfungsi selama 24-jam untuk memastikan keselamatan, sekuriti dan mudah untuk pengguna Honda – anda lebih tenang dan selesa.
Bahagian eksterior varian All-New City RS e:HEV ini didatangkan dengan warna yang memikat mata dengan warna Gloss Black Front Grille, girl hadapan rendah eksklusif, bampar baharu bersama diffuser, spoiler trunk hitam gloss baru dan New Gloss Black Door Mirrors untuk memberikan dua ton warna yang berbeza. Melengkapi penampilan dinamik ini, ia turut didatangkan dengan lampu LED baharu serta DR, lampu fog baharu LED dengan garnish, lampu belakang LED baharu dan juga rim aloi Dual-Tone berukuran 16-inci.
Selain itu, ia turut dilengkapi sistem hybrid 2-motor yang dikuasakan oleh 1.5L DOHC i-VTEC intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD). e:HEV ini mampu menghasilkan 109PS dan tork kelas tinggi 253Nm. Apabila digabungkan dengan kombinasi Electric Continuous Variable Transmission (e-CVT), ia menghasilkan pemecutan yang lancar dan berkuasa yang setara dengan tork enjin Naturally Aspirated segmen D.
Sistem e:HEV system akan bertukar secara automatik di antara tiga mode pemanduan ; EV Drive, Hybrid Drive dan Engine Drive dengan cara yang paling efisen. Varian ini juga didatangkan dengan Deceleration Selector Paddles yang membolehkan pemandu menggunakan pedal untuk menjana semula tenaga dan memperlahankan kenderaan tanpa memijak pedal brek.
Bahagian interior varian All-New City RS e:HEV memberi fokus terhadap tekstur kualiti tinggi dan rasa premium sofistikated dengan rekaan kabin yang cukup menarik. Varian ini turut dilengkapi dengan TFT 7-inci. Sebagai tambahan, turut didatangkan bersama adalah Sport Pedal Pads yang memberikan rasa yang lebih sporty dengan tempat duduk Ultrasuede® serta jahitan merah pada bahagian interior. Dalam varian ini turut dilengkapi pemapar audio 8-inci dengan Apple CarPlay™ dan Android Auto™³ Connectivity.
Di samping itu, varian All-New City RS e:HEV turut menawarkan ciri-ciri keselamatan paling lengkap dalam segmen B, Honda SENSING yang dikemaskini; dibangunkan untuk merealisasikan masyarakat bebas bergerak tanpa perlanggaran dengan menggunakan kamera dengan pemandangan lebih luas di bahagian hadapan untuk mengenalpasti sempadan jalan raya yang lebih baik pada waktu siang dan malam. Berikut beberapa ciri yang ada pada sistem keselamatan Honda SENSING:
1. Adaptive Cruise Control (ACC)
2. Collision Mitigation Braking System (CMBS)
3. Forward Collision Warning (FCW)
4. Lane Keep Assist System (LKAS)
5. Road Departure Mitigation (RDM)
6. Lane Departure Warning (LDW)
7. Auto High Beam (AHB)
Untuk mengetahui lebih lanjut, hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my. Jika anda berminat untuk membuat tempahan All-New City RS e:HEV, layari platform pra-tempahan atas talian di prebook.honda.com.my.