Malacca Time Attack Championship 2020 Round 2
Berlangsung pada 23 Ogos lalu, Malacca Time Attack Championship 2020 Round 2 dianjurkan oleh Revtech Motorsport dan mempertandingkan sebanyak 11 kategori dalam format sesar masa (time attack). Acara yang asalnya dijadualkan pada 5 April dan ditunda ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini mendapat sambutan memberansangkan apabila menerima 112 penyertaan terdiri dari 78 pelumba yang mewakili 49 pasukan dari seluruh pelusuk Tanah Air.
Sebelum perlumbaan dimulakan, bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku berkumandang di Litar Permotoran Antarabangsa Melaka (MIMC) dan pelumba-pelumba diberi masa 30 minit untuk membuat recce. Perlumbaan Heat Pertama dimulakan dengan Kelas A 1200CC Open tepat jam 10 pagi dan diakhiri dengan Kelas K Saga Series pada jam 1 tengahari. Acara berehat selama satu jam dan sepatutnya Heat 2 bersambung pada jam 2 petang namun hujan lebat yang turun telah memaksa pihak penganjur mengumumkan perlumbaan berakhir dengan Heat 1 sahaja.
Penganjur mengumumkan ‘practise session’ di mana pelumba-pelumba diberi peluang untuk mencuba jentera masing-masing dalam keadaan hujan. Sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang diadakan pada jam 4 petang dalam suasana patuh SOP. Hanya pemenang sahaja yang menghadiri sesi tersebut. Hadiah-hadiah sumbangan penaja utama Malacca Time Attack iaitu Tokok Race Motorsport dan Rexxo disampaikan Pengarah Revtech Motorsport iaitu Encik Md Shah Hashim.
Acara yang telah mendapat liputan beberapa media seperti Pitstop Tv, Kar HIFI, Kaki Kereta dan Mekanika ini dijadualkan akan bersambung di Pusingan ke 3 yang dijadualkan pada 25 Oktober 2020 di MIMC Ayer Keroh, Melaka.
Disediakan Oleh : En.Bob