Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

#MAKNESAKNIM

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
29/02/2020
in MODIFIKASI, UTAMA

Jarang benor dapat kita saksikan trak pikap moden digunakan secara ekstensif untuk sukan lasak seperti offroad. Beli mahal-mahal, lift setengah kaki, pastu gasak masuk hutan. Sanggup ker? Bukan takde yang buat, cuma ia masih dipelopori model generasi terdahulu yang kurang kompleks dan lebih mesra poket. Andai nak terbalik dalam lumpur sekali pun, taklah sakit hati sangat.

Sebab tu pemilik trak moden hari ini, lebih menjurus kepada cabang kelajuan seperti sukan drag. Kalau boleh, nak jer bikin sampai boleh pegi Hatyai balik hari. Namun bagi mereka yang tidak ke arah itu, ia akan dihensemkan dengan gaya lebih menarik, walaupun masih digunakan sebagai kuda kerja.

Ini bukanlah trak pikap pertama abam janggut Zureen Deco. Lepas puas gasak model Triton yang lama, beliau cuba beralih angin mencari sebuah trak generasi baru yang lebih selesa. Seleksi yang terhidang ketika itu cukup banyak, namun akhirnya memilih D-Max RT50 kerana reputasinya yang cemerlang dari segi ketahanan dan penjimatan.

Tumpuan Zureen sebenarnya lebih kepada perubahan kometik. Buat permulaan, keseluruhan bahagian depan telah dinaiktaraf menggunakan kit badan Isuzu MU-X yang lebih garang dan senonoh. Ia kemudian ditambah dengan komponen keluaran Akana Carbon Wizard untuk bahagian hood, fender, gril dan spoiler. Bagi mengurangkan lagi berat keseluruhan, bed liner belakang telah ditanggalkan, sebelum dicat dan digalang menggunakan kit X-Bar Titanium.

Sistem gantungan standard yang gayat, mungkin tidak sesuai untuk mengangkut signboard sepanjang 2-3 depa. Letih la nak sewa folklift bagai. Jadi ia telah direndahkan secara kustom dengan set suspensi boleh laras BC Racing, sekaligus membentuk profil lebih jangok. Mengisi keperluan di ruang roda adalah set rim Lenso Project D sebesar 18-inci, beserta tayar Landsail dari saiz 255/55R-18.

Aspek dekorasi turut berlaku di ruang enjin, selepas digayakan semula dengan kaler lima posen. Baru nampak mahal katanya. Memastikan ia lebih berseri-seri, mana-mana komponen yang sesuai telah digantikan dengan aksesori jenis aloi dari HPD.

Cantik satu hal. Namun sedikit sentuhan prestasi tetap diberi keutamaan. Antaranya penggunaan penapis udara K&N serta paip intercooler yang baru. Kalau dahulu ramai yang takut nak usik enjin diesel, kini makin banyak toyol kuasa yang boleh diperolehi. Bagi mengatur semula sistem commonrail enjin mengikut lengkuk kuasa yang diinginkan, ia kini ditala menggunakan unit Prospeed Project2 dan Prospeed Fit, termasuk tambahan unit ECU-Shop Boost Speed MK2 untuk respon lebih padu.

Gasak kerja camna pun, bahagian dalam dipastikan bersih dan kemas sesuai untuk keselesaan seisi keluarga. Tiada perubahan besar dikesan, memandangkan ia sudah didatangkan dengan komponen serba sempurna. Yang kelihatan hanyalah gugusan meter tambahan Defi, meter blower Auto Meter serta unit ECU-Shop Monster Gauge V2 untuk tujuan pemantauan.

Zureen suka tengok trak pikapnya berkilat sepanjang masa. Kalau hari-hari berkampung dalam spa pun takpe. Kepuasan dan keseronokannya di situ. Tidak hairanlah jika ia pernah memenangi tempat pertama dalam pertandingan autoshow Terengganu Gathering Truckz Day yang lalu.

SPESIFIKASI

    • Pemilik – Zureen
    • Pengeluar – Isuzu
    • Model – DMax RT50
    • Tahun – 2015
    • Enjin asal – 4JK1-TCX
    • Modifikasi Enjin – Aksesori aloi HPD, penapis udara K&N, paip intercooler kustom, Prospeed Project2, Prospeed Fit, ECU-Shop Boost Speed MK2
    • Transmisi – Automatik
    • Ekzos – Kustom
    • Luaran – Kit depan Isuzu MU-X, hood, fender, gril & spoiler Akana Carbon Wizard, X-Bar Titanium
    • Suspensi – BC Racing kustom
    • Brek – Standard
    • Rim & Tayar – Volk Racing TE37 17-inci & Bridgetone Potenza RE003 215/45R-17
    • Dalaman – Meter tambahan Defi, meter blower Auto Meter, ECU-Shop Monster Gauge V2
    • Bengkel – PLE Racing Hatyai, D-Shop Auto Service, Ayang Spray Painting

Previous Post

SOUTHERN BENZERS 4TH ANNIVERSARY

Next Post

MAJLIS PEMBUKAAN & DOA SELAMAT BOYZA GARAGE

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved