Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Lexus LM 350 Dilancarkan Di Malaysia

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
18/04/2021
in BULETIN, UTAMA

Lexus Malaysia mengukuhkan lagi kedudukannya dalam segmen kenderaan mewah apabila melancarkan Lexus LM 350 secara rasmi. Menjadi model MPV pertama Lexus, ia tampil dengan segala bentuk inovasi, kepakaran, seni pembuatan serta kehalusan omotenashi yang sudah sinonim dengan jenama ini.

LM 350 dirancang dari awal sebagai kenderaan mewah untuk golongan profesional yang menganggap kenderaan mereka lebih daripada sekadar pengangkutan. Penampilan LM 350 diserlahkan spindle gril krom dan logo Lexus bersaiz besar di bahagian hadapan. Ia kemudian diapit oleh sepasang lampu LED projektor dsn almpu nyalaan siang (DRL) LED berbentuk seperti anak panah yang menjadi rekaan signatur model moden Lexus.

Dibina berasaskan kepada Toyota Alphard, bahagian sisi LM 350 tidak banyak berubah, cuma ada kemasan krom pada tingkap. Gayan itu disempurnakan lagi dengan rekaan rim bersaiz 18 yang cukup elegan. MPV mewah itu didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih mutiara kristal.

Keistimewaan LM 350 sebenarnya terletak pada ruang kabin yang menempat dua tempat duduk sahaja. Ruang yang luas dan mewah itu memastikan penumpang selesa sepanjang perjalanan. Kerusi seperti berada dalam kelas pertama penerbangan itu boleh dibaring dan ditegakkan menerusi konsol digital.

Tempat duduk itu juga hadir dengan ciri urutan yang sesuai untuk melegakan tubuh selepas penat seharian bekerja. Penumpang dihidangkan dengan skrin bersaiz 24 inci untuk menonton apa jua program kegemaran. Di bahagian atasnya dipasang dengan jam analog dan cermin pemisah di antara pemandu dan ruang kabin. Cermin itu boleh dinaik, diturun, dijernih dan dikaburkan menggunakan butang. Sangat privasi.

Bahagian bawah skrin itu terletak satu peti sejuk mini yang membolehkan botol minuman disimpan. Di sebelah kiri dan kanannya, terdapat ruang untuk anda menyimpan beg atau barangan peribadi yang lain. Anda juga pasti berpuas hati dengan kualiti sistem bunyi Mark Levinson bersama 19 unit pembesar suara.

Pemandu pula dihidangkan dengan skrin sentuh bersaiz 12.3 inci yang boleh dikawal menerusi pad sentuhan pada konsol tengah. Sistem itu menawarkan ketersambungan Apple CarPlay dan Android auto.

LM 350 digerakkan oleh enjin aspirasi biasa bersesaran 3.5 liter yang mampu menjana kuasa 296hp dan tork 361Nm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear direct shift 8-kelajuan automatik. Keselesaan pemanduan ditingkatkan dengan penggunaan sistem suspensi canggih sersama ciri swing valve.

Dari segi keselamatan, MPV mewah itu dilengkapi Lexus Safety System+ (LSS+). Ia merangkumi ciri-ciri seperti Pre-Collision System (PCS), Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) dengan fungsi Start/Stop, Lane Tracing Assist (LTA), Lane Departure Alert (LDA) dan Adaptive High-Beam System (AHS).

Jika berminat, LM 350 boleh menjadi milik anda pada harga RM1.148 juta (tidak termasuk insurans). Pelanggan akan menerima LM 350 yang dikilangkan di Inabe, Jepun ini pada Julai depan.

Sumber : Mekanika

Previous Post

Sudah 50 Tahun, Lamborghini Miura SV Masih Cemerlang!

Next Post

Nissan Keluarkan GT-R Nismo Tema McDonald's

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved