Sebagaimana yang anda sedia maklum, Proton Wira berkongsi casis yang sama dengan Mitsubishi Lancer dan model Evolution. Jadi, kalau nak convert jadi Evo, kerjanya boleh dikatakan senang.
Kalau dah nak convert jadi Evo, tentulah enjin yang dipilih enjin Evo atau nama teknikalnya 4G63. Pemilik Wira Evo ini menggunakan enjin half-cut Evo III, enjin 4G63 fesyen lama yang paling berkuasa – 270hp.
Enjin ini, tak kisah generasi baru atau lama, memang senang dinaik taraf. Sebabnya alat ganti prestasinya mudah didapati sama ada dari Jepun, Amerika Syarikat, Taiwan atau buatan tempatan.
Bagi meningkatkan lagi kuasa kuda enjin, pemiliknya merendahkan sedikit nisbah mampatan enjin dengan memadankan gasket keluli 1.5mm buatan custom. Nisbah mampatan yang lebih rendah membolehkan tahap boost enjin dinaikkan lebih tinggi, walaupun bahagian dalaman enjin masih standard.
Turbo TD05 twin fin asal enjin diganti dengan turbo 20G yang sudah dinaik taraf oleh Tong Turbo. Turbo itu kemudian dipasang pada enjin menggunakan manifold “banana” yang dikutip dari kedai half-cut. Manifold itu diubah suai untuk meletak sebuah wastegate jenis external jenama Tial 38mm.
Dengan sistem turbo yang telah ditambah baik, intercooler OEM Evolution IX yang lebih besar daripada Evo III digunakan. Paip intercooler buatan custom terpaksa dibina untuk memadankan turbo dan intercooler dengan sebuah injap blow-off HKS SSQV.
Penapis udara jenis pod terbuka daripada Blitz kemudiannya digunakan bagi menggantikan penapis udara asal yang mempunyai liang udara agak sempit.
Tangki minyak asal diganti dengan tangki minyak Evo III, lengkap dengan pam bahan api berkuasa tinggi. Paling penting, tangki minyak yang dibuat untuk kereta pacuan empat roda mempunyai ‘longkang’ yang luas untuk laluan paip ekzos custom.
Peredam bunyi pilihan ialah HKS Super Drager. Spesifikasinya agak rare sebab inlet paipnya senget sedikit berbanding jenis lurus macam ekzos-ekzos JDM yang lain.
Buat masa ni, ia masih menggunakan sistem pacuan roda hadapan. Kotak gear yang digunakan ialah half-cut Evo III tetapi sudah diubahsuai dengan mengunci fungsi 4WD.
Kotak gear itu didatangkan lengkap dengan sistem LSD jenis full-lock dan dinaik taraf dengan klac perlumbaan Exedy. Ubah suai kotak gear tidak berakhir di situ sahaja. Nisbah gear diganti dan pam klac dinaik taraf untuk melembutkan pedal klac. Walaupun klac yang digunakan ialah klac jenis perlumbaan.
Biarpun ramai orang suka masuk penyerap hentak jenis boleh laras atau sports, pemiliknya cuma guna penyerap hentak OEM Evo III. Okay juga sebab penyerap hentak OEM Evo III sudah ditala oleh Mitsubishi untuk prestasi. Tetapi masih mengekalkan keselesaan. Casis Wira itu kemudian dikukuhkan dengan penggunaan strut bar Ultra Racing jenis 4 poin untuk bahagian topang depan.
Sistem brek OEM Evo III disalin semuanya ke badan Wira ini. Rim yang digunakan mungkin lebih ranggi daripada Evo III. Satu set rim klasik Enkei RP01 bersaiz 17 inci dengan offset +30 diPASANG. Ia kemudian dibalut oleh tayar Goodyear Eagle F1 bersaiz 215/45/17. .
Dah nama Wira Evo, kereta ini pun dah 90% menjadi Evo III. Semua panel depan, bampar dan lampu diganti dengan aksesori asli Evo III. Ini termasuk skirting sisi dan bampar belakang.
Bonet asal Evo III berjaya diubahsuai masuk bersama-sama lampu dan pemegang plat. Cuma lampu belakang masih belum lagi dikerat untuk masuk lampu belakang asal Evo III. Selain bodykit, Wira ini menggunakan cermin suria asli Evo III dan cermin belakang Evo III yang lengkap dengan wiper.
Pada bahagian dalaman, ia sudah menjadi Evo III sepenuhnya. Papan pemuka, tempat duduk Recaro, panel pintu, karpet dan semua plastiknya guna barang asli Evo.
Selain barang Evo, aksesori prestasi asli macam stereng Nardi empat kaki, tombol gear RalliArt, meter boost SARD dan turbo timer HKS turut digunakan.
Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ