Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Lebih Radikal, Kekal Elegan!

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
15/09/2020
in BULETIN, UTAMA

Pengeluar kereta, Hyundai melancarkan model terbaharu Tuscon 2021 secara alam maya selepas beberapa teaser menarik perhatian orang ramai. Crossover generasi keempat ini menampilkan rekaan lebih radikal dan elegan berbanding model terdahulu.

Selain itu, model terbaharu ini menawarkan evolusi pengeluar dari Korea Selatan dengan bahasa rekaan Sensuous Sportiness. Ia dilengkapi gril hadapan baharu dan diselaraskan bersama lampu depan dikenali sebagai Parametric Hidden Lights. Apa yang menarik tentang ciri terbaharu itu adalah ia dapat menyembunyikan lampu utama LED apabila tidak digunakan sekali gus menyerlahkan lagi rekaan terkini jentera kompak ini.

Rekaan moden dan bersegi yang menampilkan sisi garang Tuscon terus diperlihatkan di bahagian luaran termasuk arca roda, garisan badan dan rim. Di bahagian belakang pula, ia didatangkan dengan rekaan lampu utama baharu, wiper belakang yang tersembunyi di bawah spoiler, logo Hyundai pada kaca belakang, pakej bampar dan diffuser agresif. Bukan sahaja bahagian luaran tetapi kabin turut mendapat sentuhan baharu dalam memberi kelainan kepada Tuscon baharu ini.

Papan pemuka terkini kelihatan seperti air terjun, skrin sesentuh infotainmen bersaiz 10.25 inci, skrin kluster digital di bahagian pemandu dan kawalan iklim yang menggunakan sistem digital. Hyundai turut meninggalkan rekaan tombol dan butang tradisional yang digunakan untuk sistem penghawa dingin serta haba dalam model terdahulu.

Selain itu, model terbaharu ini turut dilengkapi sistem pencahayaan ambien dengan pilihan 64 warna dan 10 tahap kecerahan. Ia menawarkan tempat duduk baris kedua yang boleh dilipat dan menampung barang sehingga 1,095 liter. Ia didatangkan bersama teknologi Near Field Communication (NFC) membolehkan pemilik mengunci, menyahkunci, serta menghidupkan enjin dan kawalan iklim dari jarak 27 meter. Di Amerika Syarikat, jentera baharu ini ditawarkan dengan warna seperti putih (White Cream), hitam (Phantom Black), perak (Shimmering Silver), kelabu (Nocturne Gray, Amazon Gray), merah (Flame Red) dan biru (Intense Blue).

Hyundai Tucson didatangkan dengan pilihan enjin empat silinder 2.5 liter yang menjana kuasa 187 hp dan tork 247 Nm dengan transmisi automatik lapan kelajuan. Ia turut ditawarkan enjin turbo 1.6 liter dengan sistem hibrid dan plug-in hybrid dengan output mencecah sehingga 227 hp dan tork 350 Nm. Hyundai mengesahkan jualan terbaharu Tucson bermula di Korea Selatan pada September ini sebagai model 2021. Pasaran Amerika Syarikat dan pasaran global pula akan dikenali sebagai model 2022 menjelang separuh pertama tahun hadapan. -carscoops

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

GLE 450 4MATIC Coupé AMG Line Dan Mercedes-AMG GLE 53 4MATIC+ Coupé Ke Pasaran Tempatan

Next Post

Lebih 7,700 Pelindung Muka Buatan Sendiri Sumbangan Perodua Kepada Sekolah Rendah di Putrajaya

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved