Baru-baru ini, pihak Volkswagen telah pun mengedarkan spesifikasi rasmi SUV sporty keluarannya Tiguan R bersama beberapa keping gambar. Menurut spesifikasi rasmi tersebut, VW Tiguan R yang baharu itu hanya memerlukan 4.9 saat untuk memecut sehingga 100km/j (62 mph) dalam mode pemanduan ‘R’, lebih pantas beberapa saat berbanding generasi pertama Porsche Cayenne Turbo S dan maksima sehingga 250km/j (155mph).
Dikuasakan oleh enjin 4-silinder turbocharged 2.0 liter pada 320 PS (315 hp/235 kW) dan tork 420 Nm (310 lb-ft) yang memacu sistem 4Motion aa-wheel drive dengan vektor tork menerusi transmisi automatik DSG dwi-klac 7-kelajuan. Dibangunkan oleh R divisyen, ciri-ciri Tiguan R baharu ini ditala
Tiguan R baharu ini dilengkapi dengan saspensi yang ditala khas yang berkemampuan mengawal penyerap hentak secara adaptif, 0.4 lebih rendah berbanding versi biasa dan mempunyai cakera brek 18 inci dengan logo R di bahagian kaliper hadapan. Sistem ekzos boleh dinaik taraf kepada ekzos titanium Akrapovic dan tayar 20-inci boleh digantikan dengan tayar 21 inci set Estoril.
Bumper reka bentuk R dengan peningkatan aerodinamik yang ada pada warna badan kereta atau hitam berkilat, penutup cermin sisi krom matte, peresap belakang hitam berkilat dan garis hitam pada lengkungan tayar, membezakan Tiguan standard dengan model sporty ini. Selain itu, apa yang membezakan Tiguan R dari yang lain adalah sudut interior yang telah dikemas kini, tempat duduk premium sports dengan tempat rehat kepala, logo R, trim karbon kelabu, pencahayaan di bahagian belakang, pedal besi tahan karat dan kokpit digital bersama pemasa pusingan.
Di Jerman harganya bermula dari €56,703.53 ($67,287), hampir €28,500 ($33,820) lebih dari harga model entry-level.
Sumber : Carscoops