Diperkenalkan pada tahun 1999, Kia Carens kini menjalani perubahan ke atas generasi keempatnya yang menampilkan karakter berbeza dan ia tidak lagi sebuah minivan. Didedahkan di India baru-baru ini, ia kini digelar sebagai Recreational Vehicle (RV) yang mengadaptasi gaya tahan lasak yang diambil dari crossover untuk memikat para pengguna yang cenderung memilih kenderaan kerana lebih praktikal dan tidak boleh ditemui di mana-mana SUV.
Secara asasnya, ia menggunakan platform sama digunakan Seltos. Kalau diperhatikan, headlight dan taillight mempunyai persamaan dengan Sportage terbaharu. Sementara salutan plastik pada bahagian atas tayar, profilnya tampak lebih baharu. Bahagian dalamnya pula, ruang atap dengan kepala telah dimaksimakan dan kenderaan ini menawarkan enam atau tujuh tempat duduk.
Ukurannya pula 4540 mm (178.7 inci) panjang, 1800 mm (71 inci) lebar dan 1700 mm (67 inci) tinggi dengan wheelbase memanjang 2780 mm (109.4 inci) – terpanjang dalam segmen ini sekaligus membuatkan ia lebih besar berbanding model sebelumnya. Namun, jarak di antara axle akan bertambah untuk ruang interior lebih luas.
Bukan sahaja eksterior yang telah direka semula, bahagian kabin juga telah diubah dengan drastik. Ia tampil lebih moden dan diambil dari model-model Kia terbaharu dengan menggabungkan pemapar digital penuh dengan sistem infotainmen skrin sesentuh 10.25-inci. Pengguna menerima kawalan berasingan untuk penalaan dengan akses pantas untuk beberapa fungsi menggunakan butang tradisional.
Kia Carens 3-baris tempat duduk ini telah tiba di India dan dijangka ke pasaran lain bermula dari suku pertama 2022.
Sumber : Motor1