Hanya lebih 300 unit dikeluarkan dari tahun 1986 sehingga 1993, Lamborghini LM002 merupakan antara model yang popular pada eranya walaupun jauh berbeza dengan SUV zaman sekarang. Salah satunya adalah kereta ini yang dihantar ke Sweden selepas menghabiskan beberapa tahun di negara Eropah dan lokasi terakhirnya di sebuah muzium di Itali.
Menurut catatan di atas dokumen, Lamborghini LM002 keluaran tahun 1988 ini dilengkapi dengan tayar Pirelli Scorpion Zero, bateri baru, boots CV gandar belakang, penapis minyak dan sensor pengapung tangki bahan bakar. Bahagian lain yang turut dijaga dengan rapi adalah sistem pencucuhan, brek dan juga penghantaran bahan api.
Dilayangkan dengan warna Acapulco Blue di atasnya dan kelabu di bahagian interior, Lamborghini ini memilik perbatuan sebanyak 17,250km seperti yang dicatatkan pada odometer. Ia turut dilengkapi enjin V12 5.2 liter dari Countach dan menghasilkan lebih dari 400hp, disepadankan pula dengan transmisi manual 5-kelajuan dari ZF yang boleh dikatakan tidak berapa digunakan sepanjang 32 tahun ini.
Oleh yang demikian, ia masih boleh dipandu seperti baru dengan 0-60 mph (0-96 km/j) mengambil masa 7.7 saat, pencapaian yang mengagumkan untuk tahun 80-an dengan berat sekitar 5,950 lbs (2.700 kg).
Sumber : Carscoops