Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Lebih 30,000 Tempahan Untuk Alza Serba Baharu

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
20/07/2022
in BULETIN, UTAMA

Perodua Alza serba baharu menerima lebih 30,000 tempahan sejak pembuat kereta kompak itu membuka tempahannya pada 23 Jun 2022, yang mana tertinggi dalam sejarah jenama tersebut.

“Pencapaian ini disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya ialah para pelanggan ingin memanfaatkan sepenuhnya inisiatif pengecualian cukai jualan yang akan tamat tempoh pada 30 Jun 2022 dan daripada lebih 200,000 tempahan yang kami terima buat masa ini, hampir 15% adalah model Perodua Alza serba baharu ini,” Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad berkata.

Dato’ Zainal berkata demikian pada majlis pelancaran rasmi Perodua Alza serba baharu, yang dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin dan Presiden Daihatsu Motor Co, Encik Soichiro Okudaira.

Beliau juga berkata faktor lain adalah daya tarikan nilai keseluruhan pakej Perodua Alza serba baharu. Ini termasuk ciri keselamatan yang dipertingkatkan seperti 6 beg udara, ciri Bantuan Keselamatan Termaju, tawaran digital yang dipertingkatkan, ruang yang luas dan keselesaan pemanduan yang lebih baik.

(Ciri-ciri penuh Perodua Alza serba baharu disenaraikan dalam helaian spesifikasi model yang dilampirkan bersama kit media).

Dato’ Zainal berkata hampir 4,000 pelanggan telah menukar tempahan Perodua Alza mereka kepada versi terkini walaupun sebelum pembukaan tempahannya diumumkan secara rasmi.

“Bermula hari ini, beberapa pelanggan kami akan menerima Perodua Alza serba baharu mereka daripada 195 bilik pameran jualan sah di seluruh negara. Selain itu, kami memberi jaminan kepada para pelanggan kami yang menempah Perodua Alza serba baharu mereka pada atau sebelum 30 Jun, mereka akan menerima kenderaan mereka sebelum tarikh akhir 31 Mac 2023,” kata Dato’ Zainal.

Perodua Alza serba baharu dijual secara rasmi pada harga RM62,500 untuk varian X, RM68,000 untuk varian H dan RM75,500 untuk varian AV (harga di Malaysia Barat dan tanpa insuran).

Bagi mereka yang menempah Perodua Alza serba baharu pada atau sebelum 30 Jun 2022 dan menerima kenderaan mereka pada atau sebelum 31 Mac 2023 akan menikmati harga yang lebih rendah kerana mereka layak untuk inisiatif pengecualian cukai jualan.

Kerajaan Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa semua kenderaan yang ditempah pada atau sebelum 30 Jun masih boleh menikmati inisiatif pengecualian cukai jualan selagi kenderaan mereka didaftarkan pada atau sebelum 31 Mac 2023.

Mengenai pembangunan Perodua Alza serba baharu, Dato’ Zainal berkata syarikat itu melabur RM770 juta untuk membangunkan model tersebut sejak April 2018.

Perodua Alza serba baharu ini dibangunkan bersama di bawah Arkitertur Global Baharu Daihatsu (DNGA) di mana pereka dan jurutera Malaysia bekerja dengan rakan sejawatan mereka di Daihatsu Motor Co.,Jepun.

“Perkongsian ini membolehkan Perodua dan para pembekalnya bekerjasama dengan Daihatsu untuk mencapai skala ekonomi dan meningkatkan kos pembangunan model baharu, dan dalam kes ini, Perodua Alza serba baharu,” kata Dato’ Zainal.

Beliau berkata, Perodua Alza serba baharu adalah model kedua dibangunkan di bawah DNGA selepas Perodua Ativa, yang diperkenalkan pada Mac 2021.

 

Previous Post

Kemaskini Terbaharu Sudah Mendarat Di Jepun, Harga Bermula Dari RM90,316.34

Next Post

Tidak Banyak Informasi Dikongsi Honda, Selain Terpantas, Paling Berkuasa Pernah Dihasilkan!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved