Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Latih Profesional Automotif Generasi Akan Datang Dengan Jaminan Peluang Pekerjaan

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
02/03/2021
in BULETIN, UTAMA

Syarikat myTukar Sdn Bhd, platform jualan kenderaan terpakai atas talian yang paling cepat berkembang di Malaysia telah melancarkan secara rasmi Program Perantis myTukar dengan kerjasama Kolej Otomotif TOC, kolej automotif terulung di Malaysia. Program Perantis myTukar selama 12-bulan ini akan menjadi penanda aras industri untuk pembangunan generasi akan datang profesional automotif dengan kebolehan berteknologi untuk Malaysia dan Asia Tenggara.

Dengan empat kemasukan setiap tahun, Program Perantis myTukar dijangka akan menghasilkan 100 ke 120 perantis berjaya dalam setahun. Selepas menamatkan Kursus Pembantu Juruteknik Automotif selama tiga bulan di TOC, para perantis akan meneruskan latihan praktikal selama sembilan bulan di myTukar dan pusat pemeriksaan Carro. Modul yang disesuaikan oleh TOC membolehkan peralihan yang lancar kepada pekerjaan tetap di myTukar dan Kumpulan Carro selepas program selesai. Perantis-perantis yang berjaya akan dijamin laluan kerjaya dalam myTukar di Malaysia atau tugasan-tugasan di wilayah-wilayah Asia Tenggara di dalam Kumpulan Carro.­

Fong Hon Sum, CEO kepada myTukar berkata, “Ia adalah satu visi kami untuk membangunkan kumpulan tenaga kerja profesional automotif dengan kebolehan berteknologi yang lestari yang juga relevan dalam industri automotif yang pantas dan dinamik. Kami saling percaya dalam perkongsian yang akan memberi faedah dan sangat gembira pakar pendidikan automotif bertaraf global mahu bekerjasama dengan kami dalam pembangunan Program Perantis myTukar. Kolej Automotif TOC ialah kolej automotif terulung di Malaysia dengan pengalaman 17 tahun dalam penghasilan pendidikan automotif profesional dengan hubungan global serta rakan universiti.

Oleh kerana itu kami amat percaya TOC adalah rakan kongsi terbaik bagi Program Perantis myTukar kerana kepakaran mereka dalam pengambilan dan latihan yang sepadan dengan pelan pembesaran pesat myTukar. Kami yakin usaha bersama ini akan menghasilkan peluang-peluang pekerjaan untuk kumpulan juruteknik automotif berpengalaman dan berkemahiran di Malaysia dan Asia Tenggara.”

Tugas TOC di dalam Program Perantis myTukar termasuk pembangunan dan penghasilan modul kursus, pengambilan pelajar-pelajar ke dalam program, menemuduga, menyenarai-pendek dan memantau pelajar-pelajar di samping membantu penempatan perantis-perantis serta menguruskan prestasi mereka selama latihan amali untuk sembilan bulan.

Pengarah Eksekutif TOC, Dato’ Iqmal Shafiq berkata, “Adalah menjadi impian TOC untuk menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk yakin akan peluang-peluang pekerjaan tanpa batasan serta kejayaan juruteknik automotif dan menarik perhatian golongan profesional automotif untuk mempercayai sumbangan positif mereka kepada masyarakat. Rakan-rakan industri adalah penting dalam mencapai impian kerana kami mahu memperkasakan graduan-graduan kami dengan sikap yang betul, kemahiran dan pengetahuan bagi mencapai pengiktirafan dan kejayaan global. Kami sangat berbesar hati kerana bertemu dengan rakan kongsi yang mempunyai pemikiran yang selari dalam usaha myTukar untuk menghasilkan profesional automotif yang siap sedia untuk masa hadapan. Sebagai platform jualan kenderaan Malaysia atas talian yang paling cepat berkembang, myTukar ialah majikan ideal untuk para graduan mengasah kemahiran mereka di tempat kerja dengan kebolehan berteknologi.

Program Perantis myTukar dengan kolaborasi bersama TOC akan melihat pelajar-pelajar menamatkan kursus tiga-bulan Pembantu Juruteknik Automotif (ATT) yang dianjurkan oleh TOC di sana selepas itu mereka kan terus melakukan latihan praktikal selama sembilan bulan di pusat pemeriksaan kenderaan myTukar dan Carro. Yuran pendidikan akan ditanggung oleh pelajar sendiri atau mereka boleh memilih Program Bina Bakat TOC, satu usaha untuk meningkatkan lagi bakat dan pembangunan tenaga kerja berkualiti untuk Industri Automotif dan Sukan Permotoran yang turut menawarkan kursus perantis dan pelan pembayaran pinjaman bagi pelajar-pelajar.

Program Bina Bakat TOC menyediakan pinjaman pendidikan untuk kursus-kursus yang didaftarkan oleh pelajar-pelajar dan mereka hanya perlu membuat bayaran bulanan menerusi potongan gaji atau elaun mereka setelah memulakan latihan praktikal atau mendapat jawatan tetap (menurut terma dan syarat). Pelajar-pelajar di bawah Program Perantis myTukar akan dibayar elaun latihan praktikal sebanyak RM1,200 sebulan dan selepas tamat pengajian, graduan Program Perantis myTukar dijamin pekerjaan bersama myTukar atau pejabat-pejabat Kumpulan Carro di Asia Tenggara dengan gaji minimum RM1,800 ke atas. Pembayaran yuran kursus akan dilakukan melalui potongan gaji setiap bulan. Kemasukan seterusnya Program Perantis myTukar ialah dalam bulan April 2021.

Previous Post

Ringkas Tetapi Lebih Bergaya Dari BMW Keluaran Terbaharu?

Next Post

Malaysia Terima Raptor True Red Yang Pertama

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved