Tesla Model Y merupakan SUV elektrik yang paling laris di dunia dan kini boleh ditempah dengan tiga warna baharu di Malaysia: Quicksilver, Stealth Grey, dan Ultra Red. Warna-warna tersebut direka untuk menonjolkan bentuk Model Y yang berubah bergantung kepada sudut pandang dan cahaya.
Dengan penawaran pengecualian cukai import dan cukai eksais untuk kenderaan elektrik CBU yang baru didaftar. Diikuti pengecualian cukai jalan 100% dan pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500, menjadikannya SUV paling mampu milik yang ditawarkan di pasaran. Model Y boleh ditempah di kedai-kedai mahupun menerusi atas talian. https://www.tesla.com/en_my/modely/design#overview.
Model Y ini bukan sahaja SUV elektrik paling laris di dunia, tetapi juga dikenali sebagai salah satu kereta paling selamat di jalan raya dengan penaraan 5 bintang daripada NHTSA dan Euro NCAP. Sepertimana model-model Tesla yang lain, Model Y merupakan gabungan terbaik jarak, prestasi, keselamatan dan juga teknologi.
Model Y memecut dari 0 hingga 100km/j dalam hanya 3.7 saat d engan jangkauan sehingga 533km (WLTP) setiap pengecasan. Selain itu, Model Y menampilkan bumbung kaca dengan perlindungan UV dan sistem penapisan udara HEPA. Sebagai SUV sederhana, Model Y menawarkan lebih daripada 2,100 liter ruang kargo, tempat duduk dan penyimpanan serbaguna untuk 5 penumpang bersama barang-barang.
Tesla Autopilot adalah sistem bantuan pemanduan canggih yang direka untuk meningkatkan keselamatan dan keselesaan di belakang roda untuk mengurangkan bebanan keseluruhan bagi pemandu. Setiap kenderaan Tesla baru dilengkapi dengan beberapa kamera luaran dan pemprosesan visual yang kuat, menyediakan lapisan keselamatan tambahan.
Selain itu, sistem Tesla Autopilot sentiasa berkembang di mana kenderaan akan menerima peningkatan berterusan menerusi kemas kini melalui udara, meningkatkan keupayaannya dari semasa ke semasa. Tesla menawarkan pengalaman pemilikan yang komprehensif dengan menyediakan penyelesaian pengecasan yang lancar dan integrasi teknologi, ‘Plug In, Charge & Go’ adalah cara terbaik untuk menggambarkan pengalaman pengecasan Tesla.
Melalui Aplikasi Tesla, pengguna dengan mudah dapat mencari lokasi, berpandukan navigasi ke lokasi dan memantau status Supercharger dengan pembayaran yang diproses secara automatik. Dengan pembiayaan pengecasan Supercharging pay-per-use sekitar RM1.25/kWh. Tesla memastikan pengecasan yang kos efisien.
Setakat hari ini, Tesla mempunyai 7 stesen Supercharging (36 pengecas) dan 10 stesen Destination Charging ( 61 pengecas) di Malaysia. Bukan itu sahaja, usaha pengembangan untuk memudahkan perjalanan di antara Malaysia dan Singapura berterusan di mana sebanyak 11 stesen Supercharging dan 9 stesen Destination Charger.
Ikuti akaun rasmi Tesla di X @tesla_malaysia dan Instagram @teslamotorsmys untuk informasi lebih lanjut. Hubungi talian Tesla Malaysia 1800810655 untuk sesi janji temu.