Walaupun kerjasama di antara Lego dan Ferrari bermula lebih 15 tahun dahulu, namun projek terbaharu ini adalah model Technic pertama dari kedua-dua syarikat ini. Versi mini 488 GTE berukuran 48cm ini menyasarkan golongan di antara 18 ke atas dan telah menggunakan sebanyak 1,677 bongkah bagi menghidupkan serta menepati setiap ciri yang ada pada kereta tersebut sekaligus membuatkan anda berbangga memilikinya.
Ia menyalin semula reka bentuk kereta lumba endurance Itali dengan mengekalkan warna khas Ferrari iaitu merah. Memandangkan ia model Lego Technic, maka sudah semestinya ia dilengkapi beberapa kelengkapan seperti piston bergerak di bahagian dalam enjin V8 serta suspensi depan dan belakang.
“Saya selalu bermain Lego sewaktu kecil dahulu, jadi bila melihat Ferrari 488 GTE ini, saya benar-benar kagum kerana mereka berjaya menyalin semula beberapa ciri yang ada,” kata Alessandro Pier Guidi, pelumba rasmi Ferrari Competizioni GT. “Melihat model Lego Technic dari kereta yang saya pandu untuk berlumba dan membawa nama saya, benar-benar buat saya berbangga.
Jika anda berminat untuk memiliki 488 GTE dari Lego ini, ia akan mula dijual di laman sesawang rasmi syarikat Danish, di kedai-kedai dan juga cawangannya di seluruh dunia. Harga seunit model ini dijual pada harga $169.99 (RM692.369), manakala di Eropah dan United Kindom ia dijual masing-masing pada harga €179.99 dan £169.99.
Sumber : Carscoops