Kia Soul 2022 tidak lagi didatangkan dengan kotak gear manual, malah harganya juga dikatakan semakin tinggi berbanding sebelumnya. Dilengkapi dengan pelbagai kemaskini teknologi, emblem terbaharunya seperti tandatangan bertulis untuk jenama ini.
Kini, ia dijual pada harga bermula dari $19,190 (RM79,938.96) dan didatangkan dengan kotak gear automatik. Sebelum ini, ia dilengkapkan dengan kotak gear manual 6-kelajuan yang ditawarkan pada harga $17,490 (RM72,856.14), manakala harga untuk versi automatik pula $18,990 (RM79,102.88).
Bagi bahagian kelengkapan infotainment pula, Kia Soul LX 2022 kini dilengkapi dengan pemapar 8.0 inci yang lebih luas berbanding sebelum ini yang hanya berukuran 7.0 inci. Selain itu, ia juga didatangkan dengan pakej teknologi LX yang terdiri daripada rim 16-inci, amaran pergeseran titik buta, bantuan mengelakkan perlanggaran di bahagian belakang, bantuan menukar lorong laluan, bantuan mengelak perlanggaran di bahagian depan, bantuan untuk kekal dalam lorong laluan yang sama dan juga memberi amaran kepada pemandu.
Terdapat pilihan warna yang baru untuk gred LX, S dan EX; Steel Gray yang menggantikan Sparkling Silver. Model-model lain seperti S, X-Line dan GT-Line juga didatangkan dengan beberapa kemasikini. Versi standard untuk model-model ini dilengkapi dengan skrin infotainment 10.25 inci dengan navigasi, dual-zone automatic climate control, butang push start dengan engine immobilizer, pengecasaran tanpa wayar untuk telefon pintar dan juga dwi-pengecasan untuk USB.
Sumber : Motor1