Kaki Kereta
Advertisement
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kaki Kereta
No Result
View All Result

Ketahui Beberapa Kelebihan Gear Automatik

hpmedia webadmin by hpmedia webadmin
19/06/2020
in BULETIN, UTAMA

Kelebihan ketara yang ada pada gear manual ialah ia membenarkan pemandu menukar gear mengikut firasat, kepakaran dan budi bicara masing-masing. Pemandu ada kuasa penuh untuk menukar gear, bukannya bergantung pada sistem ECU. Tapi gear automatik pun ada kelebihan juga berbanding dengan gear manual.

Maka tidak hairanlah jika ramai pemandu yang membeli kereta dengan gear manual. Mungkin dalam 10 kenalan, hanya ada 2 atau 3 sahaja yang menggunakan gear manual. Mari lihat apa kelebihan gear automatik ini.

1. Gear automatik disambungkan dengan enjin melalui penukar tork yang akan menerima input tork daripada enjin dan menggandakan tork tersebut sehingga 1.7 kali ganda berbanding dengan nilai asal yang dihasilkan oleh enjin. Hasilnya tork yang lebih besar dapat dihantar ke tayar dan pecutan yang dibuat oleh kereta automatik lebih pantas berbanding dengan gear manual. Kalau kereta manual nak potong balik pun mungkin pada gear 4 dan 5.

2. Gear automatik biasa amat mudah digunakan di jalan raya yang sesak. Ini adalah sebab utama kenapa pembeli sekarang suka membeli gear automatik, banyak sangat kereta atas jalan sehingga waktu pagi kalau tak sesak memang tak sah. Letak saja tombol gear dalam D dan kawal brek anda untuk memastikan pergerakan kereta lancar.

Jika masih muda, lutut masih dalam keadaan baik dan kuat maka aktiviti menukar gear dan menekan klac amat menyeronokkan. Sehinggalah anda mengalami kecederaan ACL pada lutut, memang boleh terketar lutut lepas menghadap jalan sesak walaupun sekejap. Anda perlu mahir mengawal input pedal minyak dan pedal klac bagi memastikan pergerakan anda lancar. Paling tak syok tengah sedap layan jem naik bukit di Cameron Highland, klac habis. Tiada apa-apa tanda dan tidak boleh bergerak hingga terpaksa ditolak.

3. Walaupun pernah belajar menukar gear dengan Dominic Toretto sekali pun, anda masih tidak dapat menandingi kepantasan sistem gear automatik menukar gear dengan bantuan sistem Fuzzy Logic dan juga hidraulik. Tak kisah sama ada gear auto biasa, CVT ataupun DSG semuanya lebih laju daripada manusia. Baru sahaja menekan pedal klac, sistem gear automatik sudah menukar gear dan sedia untuk memecut. Dalam situasi perlumbaan penukaran gear yang pantas membantu pemandu melakukan pecutan pantas pada gear yang tepat.

4. Sekiranya anda baru memandu kereta manual kepunyaan kawan atau saudara, perkara pertama yang perlu diberi perhatian bagi kereta manual ialah membiasakan diri dengan sistem klac. Ada klac yang panjang, ada klac yang pendek. Jika tak biasa, enjin boleh mati di lampu isyarat di sebelah. Bertambah masalah kalau kereta sebelah ramai awek-awek cun. Haih malunya. Paling tak syok, bila memandu jauh bersama kawan-kawan dan minta untuk bergilir. Kawan-kawan yang buta kereta manual mesti menolak untuk memandu kerana tak pandai.

Terpaksalah anda memandu seorang diri sepanjang jalan sementara mereka tidur dengan nyenyak. Siapa biasa kena? Kalau pandu kereta automatik, kemungkinan besar ada boleh bergilir dengan kawan-kawan.

5. Gear automatik zaman dulu mungkin hanya datang dengan 3 ratio ke depan berbanding dengan gear manual yang datang dengan 5 ratio. Keadaan ini menjadikan gear automatik kuat makan petrol berbanding dengan gear manual disebabkan enjin gagal beroperasi pada BSFC yang terbaik.

Tapi gear auto zaman sekarang dah berubah, gear auto 4 kelajuan dijadikan semakin cekap dengan sistem tork conventer mengunci klac dengan lebih pantas, dan secara perlahan-lahan sistem CVT yang lebih cekap mula mengambil alih peranan gear 4 kelajuan. Bagi kereta yang lebih mahal, gear 6 kelajuan menjadi kebiasaan.

Malah tidak keterlaluan juga gear 7, 8 dan 10 kelajuan mulai menjadi kebiasaan bagi kereta dalam segmen premium menjadikan penggunaan petrol bagi gear automatik jauh lebih jimat berbanding dengan gear manual.

6. Memandu dengan gear automatik sebenarnya lebih tenang dan relaks berbanding dengan membawa gear manual. Bayangkan jika setiap hari perlu menghadap kesesakan jalan, mengambil anak sekolah dan melayan kerenah anak sewaktu memandu gear manual, agak sukar untuk fokus 100% pada pemanduan.

Fikiran separa sedar berkerja setiap masa untuk memastikan anda sentiasa membrek, menekan klac dan menukar gear yang sesuai setiap masa. Lama-lama anda jadi mental fatigue. Kalau kereta auto, letak saja tombol gear pada D, maksudnya ditanggung beres.

Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ

Previous Post

Sebanyak 55,354 Unit Hadapi Masalah Pam Bahan Api

Next Post

Tidak Semua Perkara Yang Tular Itu Boleh Digunapakai!

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
  • November 2018
  • October 2018
  • October 2017
  • May 2017
  • March 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • May 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014
  • October 2014
  • September 2014
  • August 2014
  • July 2014
  • June 2014
  • May 2014
  • April 2014
  • March 2014
  • February 2014
  • January 2014
  • December 2013
  • November 2013
  • October 2013
  • August 2013
  • July 2013
  • June 2013
  • May 2013
  • April 2013
  • March 2013
  • January 2013
  • December 2012
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • MODIFIKASI
  • KELAB & AKTIVITI
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© kakikereta.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved