Sejak dunia dilanda pandemik covid-19 lebih setahun yang lalu, pelbagai usaha telah diambil untuk memastikan setiap aktiviti dan urusan dapat dijalankan seperti biasa dengan mengamalkan norma-norma baharu. Bagi meneruskan perkhidmatan dan memberi kemudahan kepada para pelanggan, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) yang juga pengedar rasmi Mitsubishi Motors di Malaysia telah melancarkan bilik pameran secara maya hari ini.
Bilik pameran secara maya Mitsubishi ini menyaring beberapa proses asas tradisional agar dapat disesuaikan serta memberi pengalaman baharu dan mudah untuk pengguna membeli kereta secara digital.
Pameran 360° Secara Maya
Menawarkan pemandangan 360-darjah, meninjau sudut eksterior dan interior. Para pelanggan boleh membesarkan dan mengecilkan gambar serta boleh memandu ke setiap arah yang dimahukan. Setiap kenderaan Mitsubishi yang terdapat pada skrin mempunyai butang interaktif yang boleh ditekan untuk mendapat maklumat tentang kenderaan tersebut dengan segera. Selain pemandangan 360-darjah, bilik pameran secara maya ini juga dilengkapi dengan galeri lebih banyak gambar kereta dari setiap sudut berbeza.
Test Drive 2U – Pandu Uji
Servis atas talian TEST DRIVE 2U yang pertama dari MMM ini telah dilancarkan pada Mei tahun lalu yang membolehkan pelanggan memandu uji dengan selesa di rumah masing-masing. Pelanggan yang ingin memandu uji boleh membuat permohonan menerusi pameran secara maya. Pelanggan hanya perlu mengikuti beberapa langkah yang disediakan di halaman bilik pameran secara maya untuk wakil pengedar sah membawa kereta Mitsubishi yang dipilih ke lokasi yang ditetapkan.
Booking Assist – Bantuan Tempahan
Pelanggan yang ingin membuat tempahan tetapi tidak boleh datang ke bilik pameran boleh meneruskan pembelian dengan menghantar borang permohonan secara atas yang disediakan di laman sesawang. Seterusnya, wakil pengedar MMM akan menghubungi pelanggan untuk membantu proses tempahan dari pinjaman sehingga permohonan insurans.
Trade-in Assist – Bantuan Jual Kereta Lama
MMM bekerjasama dengan MyTukar, sebuah platform kereta terpakai di Malaysia yang menawarkan promosi istimewa jualan kereta terpakai untuk pelanggan Mitsubishi menerusi bilik pameran secara maya. Pelanggan yang berminat, boleh menyerahkan borang trade-in assist atas talian. Seterusnya, pelanggan diberi pilihan untuk memohon pemeriksaan kereta, penyerahan, penukaran pemilikan dan kutipan kereta terpakai yang sudah terjual di mana-mana lokasi pilihan mengikut kemudahan pelanggan.