Sebagaimana selalu, Fiat mahu mempersembahkan edisi istimewa 500 dan versi elektrik penuh ini semestinya harus ada dalam senarai. Versi terbaharu ini ialah Cinquecento 500 La Prima By Bocelli yang menumpukan terhadap sistem bunyi premium yang mendapat bantuan dari penyanyi tenor terkenal, Andrea Bocelli bersama anaknya Matteo.
Edisi istimewa ini berasaskan 500 La Prima yang dilengkapi ciri-ciri paling mahal dalam barisan ini. Sejak diperkenalkan pada tahun 2020, ia menjadi trim yang paling popular. Bagi mendapatkan bunyi terbaik untuk EV urban, pasukan Fiat bekerjasama dengan Bocellis dan JBL yang menjadi pembekal untuk sistem audio ini.
Sistem audio 320 Watt digabungkan bersama teknologi Virtual Venues JBL dan ditala khas untuk kabin kecil 500. Fiat tidak memberikan spesikasi yang tepat, berapa banyak speaker atau woofer yang digunakan untuk sistem audio ini tetapi ia tetap tidak mengganggu ruang kargo ini.
Selain sistem audio yang terbaik ini, 500 La Prima By Bocelli yang turut dilengkapi dengan Sanitizing Glove Box yang ditampilkan buat pertama kali trim Red untuk melawan pandemik beberapa bulan lalu. Para pemilik boleh sanitize barang-barang peribadi mereka menggunakan lampu UV-C. Ciri-ciri lain menampilkan skrin sesentuh 10.25-inci untuk infotainment Uconnect, kluster instrumen digital 7-inci dan Level 2 ADAS.
Sumber : Carscoops