Maserati GranTurismo baharu telah membuat penampilan dan ia dapat dilihat menerusi gambar rasmi yang dikongsikan serta menjadi perbualan warga maya. Model ini dimuatkan dengan enjin V6 Nettuno. Ikon sebenar Maserati, GranTurismo mempunyai tenaga yang sukar dihentikan; coupe ini sudah pun mengembara berbatu-batu jauhnya dengan beberapa pekerja terpilih dari keluarga Maserati sendiri.
Jelas sekali, liveri yang ada padanya ingin menyampaikan satu mesej penting; kemunculan semula ikon Maserati yang dibina 75 tahun dahulu. Semuanya bermula dengan A6 1500, model yang dibina dengan semangat revolusi, pelopor untuk kereta yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Ia bakal terus mempengaruhi bidang automotif di seluruh dunia dan juga generasi Maserati yang seterusnya.
Granturismo adalah cara hidup 100% yang dibuat di Italy dengan jenis kereta berprestasi tinggi, sesuai untuk jarak jauh dan kekal selesa sepanjang perjalanan. Idea untuk membina kereta ini dikatakan tercetus selepas perang dunia kedua, ketika ekonomi Itali sedang meletup dan membuktikannya di seluruh dunia tentang produk, kekuatan dan sikap optimis mereka. Berseronok dalam pekerjaan yang dilakukan.
Pada detik bersejarah itu, Maserati berjaya menyelesaikan persamaan yang dikatakan mustahil dilakukan iaitu konsep baharu dalam mobiliti mewah yang mampu menggabungkan prestasi dan juga keselesaan.
Hari ini, tenaga yang ada pada generasi baharu Maserati GranTurismo bersedia untuk membawa jenama ini maju ke hadapan dengan gaya unik serta dipacukan kecenderungan semulajadi untuk sebuah inovasi terkini.